Wednesday, November 2, 2011

'GST tak akan dapat selamatkan M'sia dari muflis'

Bagaimanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh menjadi penyelesaian kepada masalah kewangan negara apabila kerajaan membelanjakan wang tanpa kawalan?

Inilah yang Pakatan Rakyat mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menjawabnya, sebagai reaksi kepada pendirian menteri itu bahawa 'lambat laun' GST perlu dilaksanakan.

Malah, ahli parlimen DAP Petaling Jaya Utara,Tony Pua ketika bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini - bertanya,"bagaimana GST boleh selesaikan masalah Malaysia berdepan dengan muflis?"

"Kita ada banyak wang. Hasil kita telah meningkat dengan jumlah yang besar. Saya rasa hasil kita hanyalah kira-kira RM100 bilion pada tahun 2006 dan saya rasa sekarang ianya ialah RM190 bilion dan ianya telah meningkat 90 peratus dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.

"Hasil kita meningkat tetapi masalahnya ialah kita tidak membelanjakan wang kita dengan bijak. Ke mana perginya wang kita?

"Kita akan berhadapan dengan potensi kebankrapan kerana pembaziran, kerana ketirisan, kerana rasuah dan disebabkan (kekurangan) pengurusan risiko."

Idris berkata di majlis sambutan ulangtahun pertama Program Transformasi Ekonomi di Bukit Kiara semalam bahawa pelaksanaan GST sebenarnya akan membolehkan kerajaan mengurangkan cukai korporat dan seterusnya akan meningkatkan dayasaing perniagaan.

Bagaimanapun, Idris menambah, pelaksanaan GST memerlukan sokongan pembangkang di negara ini kerana ia adalah satu tugas yang amat besar. MK

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular