Monday, October 31, 2011

Blogger UMNO hangatkan semula isu "Rogol Amah"



January 7th, 2011
http://www.harakahdaily.my/rogol-amah-patutlah-rais-yatim-kelam-kabut-menafikannya

Segalanya bermula pada Khamis, 23 Disember 2010 bila pengarang Malay Mail Datuk Rocky Bru menulis didalam blognya rockybru.com.my mengenai pendedahan oleh WikiLeaks yang mendakwa seorang Menteri Kabinet Pak Lah telah merogol amahnya pada tahun 1997.

Kemudiannya pula sekitar 28 Disember, blog BigDogDotCom menyiarkan pula keseluruhan laporan dari NGO yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia diluar Negara ,MIGRANT CARE. Dengan melindungi atau memadam nama Menteri yang didakwa itu dengan dakwat hitam, tapi laporan yang terakhir bayangan nama Datuk Seri Utama Rais Yatim kelihatan juga (lihat di SINI).

Menurut Rocky’s Bru, The Unspinners telah mendesak Menteri berkenaan meletakkan jawatan..

Nama-nama diatas bolehlah dikategorikan sebagai nama-nama besar blogger penyokong UMNO/BN.

Hari ini 5 Januari 2011 setelah hampir dua minggu berlalu, tiba-tiba Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim telah menafikan tuduhan bahawa beliau adalah Menteri yang dituduh merogol amah itu..

Antara kata-katanya sebagaimana yang disiarkan oleh The Malaysian Insider (boleh dibaca di SINI).

“Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rais berkata “alegasi liar yang ditujukan terhadap diri saya susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat.”

Rais Yatim menyalahkan laporan oleh blog dan parti-parti politik pembangkang pula, padahal yang memulakan isu ini adalah blog-blog Pro-UMNO.

Tapi kalau anda membaca laporan yang disiarkan FreeMalaysiaToday pula Rais Yatim mengatakan tuduhan yang tidak berasas ini dilemparkan terhadapnya semata-mata henya mahu mengalihkan perhatian rakyat dari kesalahan yang lebih besar iaitu kes liwat yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim (sila baca di SINI)

Beberapa kes terdahulu yang melibatkan pemimpin UMNO, antaranya kes Altantuya kita melihat Najib tidak perlu hadir ke mahkamah cukup sekadar mengadakan Sidang Media sahaja, begitu juga kes yang memerlukan kehadiran Mahathir ke Mahkamah kita juga melihat Tun menafikannya melalui media juga..

Hanya sidang Media atau menjawab melalui media sahaja cukup bagi mereka untuk membela diri dan ini terus diterima pakai oleh pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan apa saja siasatan melibatkan pemimpin UMNO itu akan dihentikan..

Sebenarnya aku tertanya-tanya mengapa Rais Yatim memerlukan hampir dua minggu untuk membuat penafian, adakah mungkin selama ini beliau tidak diberitahu oleh sesiapa saja yang berada di sekelilingnya tentang tuduhan itu?
Adakah pembantu-pembantu yang berada disekeliling Rais Yatim itu buta IT hingga tidak tahu bagaimana dan dimana hendak membaca laporan oleh blog?
Meleset rupanya sangkaan aku itu..

Rupa-rupanya Chegu Bard sudah melaporkan kepada polis dan memberikan kata dua kepada pihak berkuasa itu dan Samsul Iskandar pula akan menjejak berdasarkan laporan oleh Migrant Care itu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular