Sunday, October 30, 2011

Mahathir tidak baca habis undang-undang???

Dia (Tun Mahathir) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.


Soal tidak adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza.

Pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.

Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum.

Dari FB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular