Sunday, October 30, 2011

Bekas Presiden MCA sertai PAS?


"Saya juga berpeluang untuk bercakap dengan pemimpin PAS termasuk anggota Exco dan Adun dalam bahagian saya. Saya tidak terkejut jika selepas ini ada yang menyebarkan spekulasi bahawa saya akan menyertai  PAS" kata bekas Presiden MCA Ong Tee Keat.

Ong berkata demikian ketika ditanya tentang khabar bahawa beliau akan menyertai DAP atau PKR.

Beliau yang semakin renggang dengan MCA selepas ditewaskan oleh Chua Soi Lek untuk jawatan Presiiden MCA, dilihat banyak kali mengkritik MCA.

Ong juga menegaskan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan walaupun partinya tidak memilih beliau bertanding di Parlimen Pandan.

Bagi saya sudah sampai masanya Ong meninggalkan MCA dan BN yang terbukti hanya mementing diri dan kroni-kroni mereka. ML


Dewan Himpunan Penyokong PAS sedia terima Tee Keat
Saya yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia menerima bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat menjadi ahlinya.Bekas Presiden MCA itu tidak perlu takut dan segan untuk menyertai PAS melalui  DHPP kerana ternyata sayap baru PAS itu semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam untuk dijadikan wadah perjuangan mereka.

PAS terkenal dengan sikap terbukan dan professional. Saya yakin jika Tee Keat bersama-sama dengan DHPP pengalaman dan kredibiliti beliau tidak akan disia-siakan. 

Tee Keat boleh memilih kawasan mana yang beliau ingin masuki malah beliau boleh kekal d kawasan Pandan sendiri. Jika kawasan itu belum ditubuhkan DHPP saya yakin beliau boleh mengasaskan DHPP Pandan dan menjadi ketuanya,

Beliau kena sedar bahawa dirinya telah dibuang dan tidak ada tempat lagi dalam MCA dan BN. Bekas Menteri Pengangkutan itu dilihat lebih bersifat seorang Ahli Parlimen bukan BN dalam parlimen dengan teguran-teguran tajam dan sinis terhadap BN sejak kebelakangan ini. ML

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular