KOS sara hidup rakyat melonjak tinggi sejak harga minyak tidak lagi mendapat subsidi sebanyak dahulu lagi. Di merata tempat keluhan orang ramai adalah mengenai perkara yang sama, iaitu harga barang sudah tidak terkawal . Pendapatan tidak meningkat secepat harga barangan; khusus mereka yang bukan bekerja dengan kerajaan.
Harga minyak mentah awal 2008 ialah sebanyak USD95 satu tong. Pada awal tahun ini ia telah meningkat pada USD114. Ini bererti Petronas (Kerajaan Pusat) mendapat keuntungan tambahan sebanyak USD19 setiap tong. Persoalan yang sama timbul; apakah yang dibuat oleh kerajaan hasil lebihan ini untuk kepentingan rakyat.
Dalam masa yang sama jumlah hasil jualan minyak dan gas untuk kerajaan meningkat dari RM106 bilion dalam tahun 2005 kapada RM162 bilion tahun lalu.
Jadi kesimpulannya kerajaan makin kaya dan rakyat bawahan makin sengsara.
Dari sini jelas bahawa kerajaan meraih pendapatan tambahan dari penjualan minyak dan gas ; tetapi rakyat pada umumnya tidak begitu bernasib baik. Mereka tenat menampung kos hidup yang meningkat hari demi hari. Pada bulan Oktober ini bajet baru akan diumumkan.
Pelbagai ramalan dibuat mengenai bagaimana rakyat akan mendapat pertolongan baru. Saya ingin mengajak rakyat berfikir seketika; dan cuba mengambil pendekatan yang baru dalam membuat kajian tentang bajet kali ini. Selalunya rakyat diberi gula gula dan mereka terus lupa beban lain yang ada dalam budget tersebut.
Mereka sibuk mencari harga apa yang turun dan cukai apa yang turun dan bagi pegawai kerajaan; bila dapat bonus. Sekarang mereka selesa dapat bonus hari Raya.
Apa kata kita lebih teliti dan lebih berwaspada kali ini. Apa kata kita semua bersepakat menuntut dari kerajaan secara terperinci bagaimana wang Kerajaan dibelanjakan. Berapakah belanja kerajaan yang boleh diselamatkan kalau kerajaan itu berbelanja secara sederhana, dan bukan terlalu boros. Kita teliti apakah wang rakyat digunakan dengan cermat di Kementerian Kesihatah, dan Pertahanan?
Adakah pemimpin kita berhati- hati menggunakan wang rakyat atau mereka lebih suka berfoya dan bergaya seolah-olah mereka menggunakan wang mereka.
Contohnya banyak: Apa gunanya berbelanja RM11 bilion untuk dua kapal selam Scorpene membeli armoured vehicles (kereta perisai) berharga RM 9 bilion; dan tak lama lagi kontrak untuk membuat petrol vessels sebanyak RM8 bilion lagi.
Apa guna membayar RM6.5 bilion menolong syarikat air swasta menjelaskan hutang mereka kapada kerajaan Selangor.
Mengapa perlu PM dan TPM belanja sebanyak RM28 juta untuk kos perjalanan ke sana sini dalam masa 3 tahun dalam masa rakyat susah. Suatu masa dulu dalam penerbangan ke Wellington saya duduk satu kerusi di belakang bekas PM New Zealand. Bukan kelas pertama tetapi kelas ekonomi.. Begitulah pemimpin negara lain. Hidup macam manusia biasa. Oleh ZAID IBRAHIM
No comments:
Post a Comment