Thursday, August 25, 2011

Raja Nong Chik beri Umno RM50,000 guna dua akaun DBKL?

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin didakwa menggunakan kedudukannya untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada pemimpin Umno dan parti itu.

Malah lebih teruk, beliau juga didakwa menggunakan lebih RM50,000 setiap minggu dengan menggunakan dua akaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Nong Chik juga ketara memfokuskan kegiatannya di kawasan yang dikatakan akan ditandinginya pada pilihan umum akan datang, iaitu Parlimen Lembah Pantai.

“Peruntukan bagi kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur didapati dipesongkan dan disalur ke kawasan Lembah Pantai menyebabkan kawasan-kawasan lain tak mendapat peruntukan sepatutnya.

“Antaranya ialah projek 1 Komputer 1 Murid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Kedai Rakyat 1 Malaysia, 1 Sumbangan 1 Keluarga, pusat tuisyen dan program Nur Ramadhan,” kata Tian Chua.

Beliau mendakwa Nong Chik juga menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mendapatkan sumbangan penaja besar seperti SP Setia dan Presma (Persatuan Restoran India Muslim Malaysia).

“Hasrat Nong Chik untuk bertanding di parlimen Lembah Pantai tak salah. Tapi sebagai Menteri Wilayah, dia perlu adil menyalurkan peruntukan kerajaan pusat ke semua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

“Memegang port folio Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bermakna tugas Nong Chik bulan hanya di Kuala Lumpur,” tambah Tian.

Sementara itu pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menambah, Nong Chik tidak mengambil tahu pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan dan Putraja yang didapati terus dianaktiri dari sudut bantuan dan peruntukan.

“Berbanding ‘layanan istimewa’ kepada kawasan Lembah Pantai, nisbah peruntukan dan bantuan kepada kawasan lain seperti tiga puluh nisbah satu (30:1),”  kata Fahmi. Keadilan Daily

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular