Kuala Lmpur, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta.
Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu.
"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini.
Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu.
Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib.
Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya. (Baca SINI)
Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.
Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.
Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.
Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".
Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.
Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.
Menurut Che'Gubard , dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan.
"Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
"Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi.
"Saya Tidak Perlu Minta Maaf" - Badrul Hisyam
Gesaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar blogger di Malaysia mencontohi tindakan akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf kepada Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, disambut dingin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin.
Beliau menegaskan adalah tidak menjadi keperluannya untuk memohon maaf kepada Najib isterinya, Rosmah Mansor, sebaliknya kedua- dua mereka harus menjawab segala persoalan yang ditimbulkan bersabit pendedahan cincin berlian yang didakwa dibeli Rosmah, bernilai RM24.45 juta.
Badrul berkata, segala pendedahan beliau bersabit pembelian cincin itu berlandaskan bukti yang kukuh dan bukannya tomahan kosong seperti mana yang sering dilakukan blogger pro- Umno.
Semalam, sebaik sahaja Rais menggesa agar blogger dinegara ini memohon maaf kepada pemimpin Umno, laman blog Badrul menjadi sasaran kritikan pelayar internet pro- Umno, menggesanya agar membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno.
Sebelum ini, akhbar Indonesia, Kompas membuat permohonan maaf kepada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor bersabit isu pembelian cincin itu, yang disiarkan pada 4 ogos lalu.
Badrul hari ini, menerusi laman blognya menegaskan, apa yang perlu dilakukan rakyat Malaysia kini adalah mendesak Rosmah agar menjawab segala persoalan yang berlegar diminda rakyat.
Isu pembelian cincin berlian didedahkan hampir sebulan yang lalu, namun Rosmah mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan melayan persoalan yang berbangkit.
Cincin berlian berpengenalan Natury Fancy Gray Cushion Cut Diamond, telah dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan pengisytiharan harga bernilai RM24,458,400.
Apa yang mengejutkan, cincin buatan Jacob & Co itu, bebas daripada sebarang cukai. Ia tampak pelik walhal perkhidmatan kepada rakyat dikenakan cukai kerajaan seperti Astro, telekomunikasi dan banyak lagi termasuklah pembelian makanan serta minuman.
Pada 13 Julai 2011, Badrul diiringi wakil SAMM, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit dakwaan itu dan disertakan pelbagai bukti bagi menguatkan dakwaannya.
Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA mengalami gangguan dan tergendala hampir tiga jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, pelbagai 'syarat' dikenakan dan semuanya dijalankan secara 'manual'.
Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' itu bocor.
Fakta bersabit cincin itu mula bercanggah apabila, terdapat sesetengah pihak yang mendakwa belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singgapura, 4 hari selepas itu.
Tidak semena- mena timbul isu cincin berlian itu sebenarnya untuk satu pameran berlian yang diadakan secara sulit, di tempat yang sulit dengan tetamu- tetamu yang sulit.
Badrul melalui laman blognya menyatakan seorang pegawai kastam yang enggan dikenali menyatakan, jika sesuatu barangan dibawa masuk ke negara ini atas tujuan pemeran, pihak kastam sepatutnya mengisi borang Ata Carnet.
Ata Carnet adalah borang permohonan untuk membawa masuk apa jua barangan untuk dipamerkan untuk tempoh maksima setahun.
Namun, borang tersebut tidak diisi dan tentunya mematahkan hujah cincin semahal itu dimasukkan ke Malaysia tanpa sebarang cukai untuk tujuan pameran semata- mata.
Justeru, Badrul menegaskan, Najib dan Rosmah tidak perlu berdolak dalih dan menjawab segala persoalan yang timbul.
Popout
No comments:
Post a Comment