Thursday, August 25, 2011

Jom Heboh di Kelantan : Artis wanita boleh hadir, tetapi...

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan buat kali kedua selepas 2009, membenarkan program Jom Heboh anjuran Syarikat Media Prima di sini.

Bagaimanapun, seperti tahun 2009, hanya artis lelaki dibenarkan membuat persembahan pada 26 dan 29 Oktober depan.


“Artis wanita boleh hadir, tetapi nak nyanyi tak boleh,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, sama ada artis wanita akan dibenarkan membuat persembahan berasingan atau secara tertutup, boleh dibincang dengan penganjur.

Menurutnya, permohonan untuk menganjurkan Jom Heboh di Kelantan itu dibuat melalui Pengerusi Syarikat Media Prima, Datuk Johan Jaafar dan diluluskan dalam mesyuarat Exco semalam.

“Kita luluskan permohonan ini tertakluk kepada pematuhan segala undang-undang dan peraturan serta arahan ditetapkan Kerajaan Negeri mengikut akta kawalan hiburan dan peraturan yang ada,” katanya.

Takiyuddin, yang juga Timbalan Setiausaha Agong Pas berkata, Kerajaan Negeri melantik tiga ahli Exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk program itu.

Selain beliau, dua Exco terlibat, Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan. SH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular