Kes terbaru, menurut pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, membabitkan pembentuk jawatankuasa khas parlimen bagi meminda undang-undang pilihan raya di negara ini.
"Tetapi penyakit dolak dalih ini terus menular dalam jawatankuasa pilihan khas pembaharuan pilihan raya apabila PM tunduk kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada jawatankuasa pilihan khas tersebut," kata Nik Nazmi semasa sidang akhbar hari ini.
Menurut Nik Nazmi, setiap pelajar undang-undang dan perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya.
Najib pada 15 Ogos lalu berkata jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan integriti pilihan raya umum yang akan datang tetapi menolak desakan supaya pilihan raya umum berkenaan ditangguhkan sehingga selepas jawatankuasa itu selesai menjalankan tugasnya.
Tidak berpuas hati dengan teori Nik Nazmi itu, wartawan meminta pemimpin PKR itu memberikan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya itu dan beliau berkata hipotesis itu adalah berdasarkan "logik".
"Apabila Najib berkata mana-mana stadium (boleh digunakan untuk perhimpunan BERSIH), kementerian dalam negeri berkata hanya stadium di Selangor boleh digunakan dan ini dituruti. Sekarang Muhyiddin berkata sesuatu, dan kemudian Najib berkata pilihan raya yang boleh dipanggil pada bila-bila masa."
Sehari selepas pengumuman Jawatankuasa Khas parlimen itu, Muhyiddin berkata tidak ada masalah dengan sistem pilihan raya di negara ini dan jawatankuasa itu hanya bagi memperkasakan sistem sedia ada. MK
No comments:
Post a Comment