WarkahDaily – Jangan nanti, asalnya mahu gertak konon tak bersalah tapi berubah jadi tragedi buat Umno memang terbukti bersalah apabila Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali begitu optimis dengan bukti yang dimilikinya Umno memang terlibat di belakang JAIS dalam pemeriksaannya ke atas gereja tempoh hari.
Biasanya dalam banyak kes mahkamah, Umno hanya berani failkan saman, lepas tu dipalunya keberanian mencabar pihak lawan di dada akhbar. Konon nak bagi rakyat tahu, mereka berani kerana tak bersalah kononnya. Tapi bila dibicarakan, hasilnya memang terbukti Umno bersalah. Jangan silap langkah bro, nanti malu.
Dipetik dari Harakahdaily, Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa Ali (gambar) berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.
Sebelum ini, Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed menyebut akan memfailkan saman terhadap Mustafa Ali dan PAS di atas tuduhan Umno terlibat di belakang JAIS dalam operasi pemeriksaannya di gereja methodist Damansara Utama.
Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya itu atau berdepan saman.
Namun Mustafa tidak berganjak dengan pendiriannya sambil terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan mengambil langkah menunggu saman Umno terhadap beliau dan akan mendedahkan bukti penglibatan Umno di mahkamah. Baca sini.
Umno ingat PAS dan Pakatan Rakyat (PR) tidak berani dan tidak berupaya menerima ugutan mereka. Padahal, nanti sudah tentu Umno terkantoi akhirnya.
Mentang-mentang mereka ini banyak duit hasil ‘kebas’ kantong negara, berani sesuka hati ugut mintak orang maaf jika tidak berdepan dengan saman.
No comments:
Post a Comment