Sunday, August 21, 2011

Jangan lawan Umno kerana parti lain tak boleh bagi pahala!

Orang kata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti bubarkan dewan dan adakan pilihan rayasebelum tahun depan. Ca anda baca "Economists see growing risk of global recession". Ramai orang kata, tahun depan ekonomi sakit teruk. 

Orang kata, faktor ekonomi adalah antara perkiraan utama bagi Najib untuk memutuskan bila pilihan raya patut diadakan. Bukan penambahbaikan penipu yang dibohonginya kepada rakyat.


Kalau orang Umno percaya, saya sikit pun tak sakit hati. Natural la kalau depa percaya Najib. Yang meluatnya ialah apabila melihat ada orang yang mengaku lawan Umno tapi bongok nak mampoih dan percaya pembohongan Najib fasal penambaikan pilihan raya yang pembohong hidup-hidup tu. Dalam masa dua tiga bulan ini sahaja, dah tak larat nak kira dah pembohongan Najib. Kalau dok percaya lagi, memang bongok terlampau dan tak layak jadi ahli politik.


Tolong hentikan cadangan balas kepada pembohongan Najib tu. Nampak sangat orang yang memberikan cadangan balas tu tak cerdik. Tolonglah jangan tayang-tayang kepada kami yang hampa tu lebih bongok dari Najib yang memang nampak sangat bongok. Kalau lebih bongok dari Najib, apa kelayakan nak lawan Umno!


Memang, kalau Najib buat pilihan raya masa ekonomi tengah merudum teruk, lagi azab Barisan Nasional (BN) dibelasah kemarahan rakyat. Yang undi Umno dan BN tinggal puak yang mudah ditipu kononnya Umno ambil berat sangat fasal Melayu dan Islam. Sambil habis Umno gadai hak milik orang Melayu dan Islam pun mereka tetap percaya Umno ambil berat sangat fasal Melayu dan Islam. Punya la bongok!


Saya ulang petik lagi surah al-Baqarah ayat 18 yang mafhumnya, "Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)". Orang tak suka pun kita kena ulang sebut dan ulang siar ayat itu kerana itulah sifat orang yang suka sungguh dan rela sangat-sangat ditipu oleh Umno.


Orang tak suka pun saya tetap dengan keazaman peribadi saya supaya orang lawan Umno bukan kerana dia suka mana-mana parti lain tetapi lawan Umno kerana Umno tu memang jahat teramat jahat. Dan, setiap yang jahat Allah s.w.t. perintahkan supaya kita lawan atau sekurang-kurangnya memohon perlindungan dari-Nya.


Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, marilah kita betulkan niat kita lawan Umno. Kita lawan Umno kerana ayat-ayat Allah dan panduan Rasul-Nya yang suci amat jelas memerintahkan kita melawan dan menentang habis-habisan jenis yang macam Umno tu. Memang la Allah dan Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak sebut nama Umno. Tetapi ciri jenis-jenis yang Allah dan Rasul-Nya perintahkan kita lawan tu memang jelas ada pada jibta (yang berlagak Tuhan), taghut, Umno, Zionis, mustakbirin atau yang sejenis dengan mereka.


Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak ini, marilah kita betulkan niat kita lawan Umno. Jangan lawan Umno kerana mana-mana parti atau mana-mana pemimpin parti. Di Hari Perhitungan nanti, hampa tak boleh nak minta syafaat jauh lagi pengampunan dosa dari parti-parti itu atau para pemimpin parti-parti itu. Mungkin mereka kena hitung lebih dahsyat lagi daripada hampa. Kuasa mengampunkan dosa hanya milik Allah. Syafaat hanya dari Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan mereka yang disebutkan oleh Allah.


Betulkan niat melawan Umno di bulan Ramadhan ini. Lawanlah Umno habis-habisan kerana Allah sahaja.


Niat kena betul. Baru dapat pahala lawan Umno, insya Allah. Kalau kita dah betulkan niat, baru la senang hati kita nak buat apa pun. Kalau ada masa, boleh la baca posting ini.
http://penarikbeca.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular