Tuesday, August 23, 2011

SAIFUL BERBOHONG

Anwar Kemuka Bukti Dakwaan Saiful Palsu, Jalin Hubungan Dengan Umno
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.

Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari,” kata Anwar.

“Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

NONE
Sayfool di majlis PKR selepas mendakwa buntutnya disuntut oleh DSAI.

“Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya. - KeadilanDaily

[TMI] KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa. 


Bekas timbalan perdana menteri ini menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi tadi. 


Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula hari ini. 


Katanya, beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sebab tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil. 


Kata Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik. 


“Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan berkata Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an. 


Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular