Sembilan tahun yang lalu pada tahun 2002, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Menteri Pertahanan, Malaysia telah membeli dua kapal selam serang diesel-elektrik Scorpene dari syarikat Perancis DCNS.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf angkatan tentera laut Malaysia. Ini telah mencetuskan rantaian peristiwa termasuk rasuah, pembunuhan dan seks persis plot sebuah novel terlaris dipasaran.
Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk menaik taraf angkatan tentera laut Malaysia. Ini telah mencetuskan rantaian peristiwa termasuk rasuah, pembunuhan dan seks persis plot sebuah novel terlaris dipasaran.
Suatu penyiasatan dijalankan ke atas perjanjian yang berlaku pada tahun 2002 oleh seorang hakim penyiasatan yang dilantik oleh Perancis bertujuan untuk "mendapatkan kebenaran sekitar komisen", mengikut kata ahli kumpulan hak asasi manusia Suara aktivis Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong.
Masa sudah semakin hampir untuk pembongkaran kes melalui penyiasatan pihak Perancis. Pada bulan September, Najib dan kerajaan akan berada di bawah penelitian terperinci bukan sahaja untuk rasuah yang dikatakan yang telah dibayar sebagai "komisen" kepada pegawai kerajaan semasa jualan tetapi lebih sensasi lagi kerana pembabitan beliau dalam pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
Semasa penjualan dua kapal selam, sebanyak 114 juta euro telah dibayar sebagai "yuran" oleh DCNS kepada syarikat perunding Perimekar Sdn. Bhd, di mana pemegang saham utama syarikat itu adalah isteri rakan rapat Najib, penganalisa politik Abdul Razak Baginda.
Garis masa
Berikut adalah garis masa ringkas untuk kejadian yang berlaku melibatkan jual beli Scorpene:
Pada bulan Oktober 2006, warganegara Mongolia Altantuya Sharibuu telah ditembak di kepala dan diletupkan dengan bahan letupan C4 di Shah Alam. Ini telah mencetuskan perbicaraan sensasi dan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin atasan Malaysia dan pegawai-pegawai kerajaan.
Baginda dan dua pegawai polis, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, Polis Tindakan Khas Malaysia dan pengawal peribadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditangkap kerana membunuh.
Pada bulan Jun 2008, Raja Petra Kamarudin dalam akuan bersumpah telah mengimplikasikan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur dalam pembunuhan Altantuya.
Pada bulan Julai 2008, penyiasat persendirian P. Balasubramaniam hilang sehari selepas beliau memfailkan akuan bersumpah yang mendedahkan kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Altantuya dan penglibatannya secara langsung dalam penyiasatan pembunuhan Altantuya.
Pada 31 Oktober 2008, Baginda telah dibebaskan daripada dakwaan bersubahat untuk membunuh penterjemah Mongolia, yang telah mempunyai hubungan sulit dengannya.
Pada 3 Februari 2009, Sirul merayu kepada mahkamah untuk tidak menjatuhkan hukuman mati ke atasnya kerana dia adalah "kambing hitam yang dikorbankan" untuk melindungi orang-orang yang tidak boleh dinamakan.
Pada bulan April 2009, dua anggota polis tindakan khas menerima hukuman mati kerana didapati bersalah membunuh jelitawan Mongolia.
Pada bulan Mac 2010, pegawai-pegawai undang-undang Perancis melancarkan siasatan terhadap penjualan kapal selam Scorpene pada2002 atas permintaan Suaram.
Gajah di dalam bilik
Dengan penyiasatan semakin hampir, siri peristiwa dan tindakan yang meragukan oleh kerajaan Malaysia, kes ini tidak lagi boleh diketepikan atau dikatakan sebagai kebetulan semata-mata. Saling pertindihan antara kematian dan Altantuyadan skandal Scorpene tidak mudah untuk dilepas pandang.
Dengan banyaknya misteri yang masih menyelubungi kes ini, penting digariskan hubungan antara pembunuhan Altantuya dan skandal Scorpene, serta penglibatan Najib dan Razak dalam kedua-dua peristiwa di atas tidak kekal sebagai ‘gajah di dalam bilik’.
Mungkin dengan bermulanya penyiasatan ke atas " Operasi Scorpene" pada bulan September, kebenaran di sebalik pembunuhan Altantuya dan sejauh mana amalan rasuah dalam kerajaan kita akhirnya akan diketahui orang ramai. - Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment