Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR - Nazri Aziz
Kata Nazri Aziz "Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,”
Bukti lagi? Aku kata buta IT karang ada orang marah..tapi kenyataannya memang nampak macam orang buta IT.. dah begitu banyak yang disiarkan dalam berbagai Blog dan juga portal berita on line.. dia minta bukti lagi.. tak mahu buat sidang tergempar cakaplah terus terang.. Anak Sg Derhaka
Kemuka bukti PR tersenarai sebagai pengundi kepada SPR
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pakatan pembangkang perlu mengemukakan bukti-bukti dakwaan mereka bahawa terdapat sejumlah pemilih yang disenaraikan di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun ini, adalah berstatus Penduduk Tetap (PR), kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk disiasat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana adalah mustahil untuk seseorang PR didaftarkan sebagai pengundi memandangkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan berwarna biru.
"Saya tidak tahu bagaimana orang yang tiada kad pengenalan biru boleh menjadi pengundi, saya tidak jangka ia boleh berlaku kerana untuk mendaftar sebagai pengundi kena ada kad pengenalan biru, tetapi kalau mereka ada bukti bawalah kepada SPR untuk disiasat,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menerima surat rasmi daripada beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan isu tersebut. – Bernama

No comments:
Post a Comment