Kali ini aku nak masukkan sikit2 info pasal kemerdekaan. Aku ambil sumber-sumber dari macam-macam site. DariFahmi Reza terutamanya sebab kebanyakan infonya kita tak diajar di sekolah. Selain itu daripada sini, sini,sini, sini dan ada juga dari wikipedia. Ada juga link yang aku dah terlupa. Walaubagaimanapun bukan semuanya aku ambil terus, ada yang aku tak setuju aku ubah sedikit. Agak penat nak susun, tulis semua ni -,-
MITOS paling glamour pasal merdeka
Lagu 'Tanggal 31' dicipta oleh Sudirman
Sebenarnya bukan, Sudirman hanya menyanyikan semula lagu Ahmad C.B. ( 60’s ) & dan mengubah satu line daripada liriknya . Kalau tak percaya, listen to this!
Tarikh kemerdekaan Malaya kini Malaysia. 31 Ogos 1957. Lagu Nyanyian dan Ciptaan Ahmad CB.
Lagu ciptaan asal berlatarkan dokumentari kemerdekaan tahun 1957. Selamat Hari Kebangsaan Malaysia.
Versi Sudirman
Malaysia adalah sebuah negara Islam
Isu ni merupakan antara isu yang paling hangat dibentang di forum-forum atau blog-blog politik.
Sekular merupakan corak pemerintahan negara yang telah diperkenalkan di Eropah untuk memisahkan pemerintahan dia antara gereja dan politik. Diorang tak nak urusan agama dicampur aduk dengan politik, diskriminasi agama dihapuskan dan sistem perundangan sivil menggantikan undag-undang yang terdapat di dalam Kitab suci.
Jadi, oleh sebab Malaysia juga mengamalkan sistem seperti ini, maka ia boleh dianggap sekular.
Tetapi ini tidak bermakna ia tidak Islam. Malaysia ialah sebuah negara Islam. Walaupun ini tidak disebut dalam Perlembagaan, tetapi inilah hakikatnya.

Ini adalah kerana Malaysia terdiri daripada sebuah kerajaan yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong dan kumpulan sistem kerajaan sembilan negeri-negeri beraja. Maka secara tidak langsung, Malaysia adalah sebuah negara Kesultanan dan berkerajaan Islam.
Ini diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia sendiri yang tertulis bahawa Islamadalah agama rasmi.
Jadi, Malaysia adalah merupakan negara Islam dan juga negara sekular.
Malaysia bebas 100% daripada penjajahan British sejak Merdeka
Sehingga 1970, British telah menguasai 60% kekayaan ekonomi negara dan tentera British terus berada di Malaysia sampai 1971! Jadi merdeka kah sebenarnya kita masa tu? Siapa yang halau British sehingga 1971?
Tentera komunis . Pejuang 'disebalik tabir' yang telah disejarah-hitamkan oleh golongan penjajah sejak awal pembentukan Malayan Union. Terbentuk hasil daripada pengharaman parti-parti haluan kiri ( AWAS, API , AMCJA PUTERA dll.). Kebanyakan pemimpin mereka telah ditahan di kem-kem tahanan Batu Gajah, Ipoh, dan banyak lagi. Tujuannya untuk melemahkan semangat nasionalisme masa tu.
Ada yang lari masuk ke hutan dan bergabung dengan Regimen ke-10 Askar Melayu. Mereka mendapat bantuan senjata dari Parti Komunis Malaya untuk menentang British. (PKM adalah alat senjata mereka masa tu). Mereka inilah sebenarnya faktor British meninggalkan Tanah Melayu kerana British telah mengalami banyak kerugian oleh serangan-serangan gerilla.
(Kita duk belajar komunis jahat bunuh orang).
Setelah termeterai Hadyai Peace Treaty antara Kerajaan Malaysia, PKM, Parti Komunis Thailand dan Kerajaan Thailand pada 1989, kebanyakan pejuang ini telah menetap di selatan Thailand. Kenapa tak balik Malaysia? Tak rindu Tanah Air? Hmm.

UMNO-MCA-MIC mulakan kerjasama politik antara kaum untuk merdeka
Sebenarnya gabungan PUTERA-AMCJA dah mulakan awal lagi seawal 1946. Tengok filem ‘10 Tahun Sebelum Merdeka’ kalau tak percaya.
Ada 4 series. Fahmi Reza and The Gang telah interview antara 5 orang pejuang kemerdekaan 10 tahun sebelum merdeka. Tengok. Rugi orang muda tak tengok :)
1.
2.
3.
4.
Bendera Malaysia. Bendera US
Ya memang bendera kita ada persamaan dengan bendera US. Tapi sebenarnya semenjak 1947 sewaktu era British, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengibarkan bendera setinggi-tingginya untuk menyemarakkansemangat bangsa Melayu masa tu menentang penjajah. Bendera apa yang dikibar? Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.
Inilah bendera mula-mula dulu

Warna Merah Putih dan nama Sang Saka ini sendiri telah dipilih kerana ia merupakan warnakebangsaan Melayu semasa kegemilangan zaman kerajaan Majapahit dan Kesultanan Melayu Melaka. Harini kita bolleh lihat bendera UMNO, Indonesia dan Singapura menggunapakai Sang Saka Merah Putih sebagai warna rasmi bendera dan lambang mereka.
Perjuangan Gerila Komunis bukan untuk tujuan Kemerdekaan?
Gabungan PUTERA-AMCJA telah mendapat tempat di seluruh Malaya berikutan kejayaan Hartal yang menolak Perlembagaan Persekutuan pada masa tu. Nak tahu lebih pasal hartal, tengok video kat atas tadi (10tahun sebelum merdeka).
Oleh kerana British dah tak tahan dengan semangat nasionalisme yang mendapat tempat di hati rakyat maka parti-parti haluan kiri ini telah diharamkan. Ada yang ditahan dan ada yang lari ke hutan untuk mengangkat senjata melawan British. Antara wira masa tu ialah Rashid Maidin, Abdullah C.D, Shamsiah Fakeh, Abu Samah Kasim, Musa Ahmad dan Awang Ali.
Jadi, kalau kita bercakap pasal perjuangan Melayu, ramai orang muda Melayu masa tu telah menyertai Polis Khas ataupun Special Constable untuk membantu British mengawal serangan gerila-gerila komunis ini. Mereka bekerja di bawah pimpinan pegawai-pegawai orang putih atas tujuan menghapuskan gerila komunis. Jadi,siapa yang sebenarnya berjuang untuk kemerdekaan?
Tugu Negara simbol perjuangan kemerdekaan Malaysia
Jadi siapa yang berjuang untuk kemerdekaan sebenarnya?
wedontneedthistoblog.blogspot.com

Artikel Berkaitan :
1. KENAPA UMNO LENYAPKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN KITA
2. Mitos Merdeka Part 2
3. 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka
4. Apa beza sosialis dan komunis? UMNO-BN "Paranoid"...
5. Terang Bulan dan Penipuan Umno
No comments:
Post a Comment