KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan klip video bertajuk "Sembang Rakyat-Kedai 1 Malaysia" yang tersebar luas di internet sebagai usaha terbaru kerajaan menggunakan taktik kotor bagi menjatuhkan parti lain.
"Kerajaan BN sekarang dengan nyatanya menyalahkan pihak yang tidak bersalah dan ini adalah satu permainan politik yang amat kotor dan jahat sekali.
" (Oleh itu) kita juga mahu pihak berkuasa polis menyiasat para pelakon yang terlibat untuk mendedahkan siapa pelakon dalam klip video itu termasuk watak apek cina,"katanya pada satu sidang media khas di ibu pejabat DAP semalam.
Klip video berdurasi 8 minit 30 saat itu dilakonkan oleh lima watak yang menceritakan isu kenaikan harga barangan seterusnya mempromosikan kedai 1 Malaysia.
Berlokasikan warung mamak, kesemua lima watak itu mempertikaikan kenaikan harga barangan yang didakwa Lim (watak lelaki Cina), ia didalangi oleh DAP dan kerajaan kononnya tampil menyelesaikan masalah itu dengan mewujudkan kedai 1 Malaysia.
Dalam video klip itu, Lim jelas sekali mengaitkan DAP yang dikatakannya mengawal tauke-tauke besar Cina yang menyokong parti itu supaya menaikkan harga barangan.
" Lu tengok ini macam haa... sekarang u tengok sapa paling banyak meniaga..
" U punya kaum laaa Cina.
" Betul... sekarang Cina ramai sokong parti mana?
" DAP,"jawab seorang watak Melayu.
" Betul... itu DAP pembangkang kan... u tau ka, itu semua tauke-tauke besar, DAP suruh kasi naik harga,"kata lelaki Cina yang dikenali dengan panggilan Lim itu lagi.

Melihat kepada pembikinan klip video dan kandungannya, Guan Eng berkata, ia merupakan satu taktik jahat untuk mengaburi mata rakyat seterusnya berupa satu bentuk hasutan.
"Klip video ini berkaitan dengan kedai 1 Malaysia, jadi BN perlu bertanggungjawab penuh dan sekirannya mereka tidak menafikan mereka terlibat dalam klip video itu, ianya jelas mereka ada kaitan.
"Watak apek cina sangat bahaya (menghasut) kerana menyatakan semua yang berlaku kerana angkara DAP, ini adalah satu hasutan, fitnah dan harus diambil tindakan keras,"kata Guan Eng lagi.
Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis hari ini. - TVS
No comments:
Post a Comment