Friday, August 12, 2011

Kerajaan Kelantan nak buat highway sendiri

Apaaaa raaaa kat kelate 95% melayu..tapi kerajaan pusat yang dituani parti pembela melayu- UMNO pulak dok sekat situ ,sekat sini segala peruntukan untuk setiap kerajaan negeri di bawah persekutuan malaysia..


UMNO/BN kata tadak peruntukan untuk buat highway di kelate..tapi projek2 mega buleh pulak buat di luar kelate,khasnya di negeri2 UMNO perintah..

jadi kerajaan kelate telah ambik tindakan revolusi dengan cadangan nak buat highway baru dari kuala krai ke kota bharu..yang biasanya akan jem teruk bila musim perayaan/cuti sekolah..kerajaan umno/bn buat highway setakat kuala lipis saja, grik dan kuala besut saja..cilakak punya UMNO/BN .kata pembela melayu.cisssssssssssssssssssssss
10 Ogos, Kota Darulnaim - Kerajaan Negeri Kelantan akan membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 KM antara Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 63 KM menerusi kaedah penswastaan setelah kerajaan Pusat tidak memberi sebarang maklum balas sekalipun telah dipohon di bawah peruntukan rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).


YB Dato’ Husam Musa semasa siding akhbar selepas selesai mesyuarat Exco di Kota Darulnaim semalam menjelaskan keputusan tersebut. Katanya kos pembinaan asalnya berjumlah RM 1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang akan menjimatkan kira-kira RM 500 juta.


Beliau juga menjelaskan bahawa keputusan kerajaan negeri memulakan sendiri pembinaan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi kerajaan persekutuan kerana mungkin kerajaan persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. Pembinaan lebuh raya ini bertujuan mengurangkan kesesakan terutama kesesakan teruk apabila musim perayaan.


Perjalanan daripada Kuala Krai ke Kota Bahru pula dijangka hanya akan mengambil masa 30 ke 40 minit. Beliau juga tidak menolak penggunaan tol. Namun kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim perayaan untuk mengurangkan beban rakyat.
Dalam masa yang sama juga beliau sempat mengumumkan pemberian bonus sebagaimana yang diumumkan kerajaan persekutuan kepada hampir 6,000 kakitangan kerajaan negeri Kelantan sebagaimana keputusan mesyuarat exco pagi semalam. Bayaran khas juga akan diagihkan kepada para pesara sebanyak RM 500.00 - Warta 365

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular