Kita menyokong penuh usaha pihak berkuasa menangani gejala murtad. Malah, gejala ini perlu ditangani sebelum menjadi barah dalam masyarakat.
Ironinya, isu murtad seperti yang katakan sebelum ini bukanlah baru di negara kita. Menteri Agama UMCO turut memberikan statistik di Parlimen.
Dengar khabar, borang permohonan untuk menukar agama daripada Islam kepada agama lain juga menimbun di agensi yang berkenaan. Isu yang sama turut berlegar-legar dari satu ceramah ke satu ceramah sama ada oleh pendakwah atau pun oleh bekas paderi dan sebagainya.
Malah isu beberapa buah gereja yang didakwa sering dikunjungi orang Melayu juga sudah lama kedengaran, iaitu sejak tahun 80-an lagi. Ada yang mendakwa sebuah gereja di Jalan Gasing Petaling Jaya sering dikunjungi orang Melayu. Baru-baru ini, jurublog UMCO turut menyenaraikan nama gereja yang didakwa memberikan makanan secara percuma kepada orang ramai yang turut melibatkan orang Melayu. Justeru, isu ini sememangnya sudah di bawah pengetahuan agensi yang dipertanggungjawabkan.
Mengapa isu ini menjadi begitu heboh kali ini? Itu persoalannya! Media UMCO memainkan isu ini semaksimum boleh, blog pro-UMCO membidas kerajaan Selangor, mengkristiankan pemimpin Melayu yang meragui motif kes ini diperbesarkan dan cara kes ini dikendalikan, malah NGO pro-BN juga bertempik sorak dalam hal ini. Mengapa mereka senyap membisu apabila Menteri Agama UMCO mendedahkan statistik murtad baru-baru ini?
Hal ini dipersoalkan oleh banyak pihak, dan pihak ini bukannya membantah usaha menangani murtad!
Cuba baca petikan berita di bawah ini. Cuba fikirkan juga sebab media perdana memainkan isu ini tatkala isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dan penipuan daftar pengundi sedang rancak dibicarakan di media pro-PR. Selain isu serbuan gereja, Hassan Ali, PERKASA, dan NGO lain diam membisu dalam hal yang membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara.
Saya petik:
'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali pada Sabah
[MK] Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.
Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".
Yong yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.
"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.
Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.
Jeffrey, yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.
"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik"....
Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja
[MK] Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik.
Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid.
"Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian.
"Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri.
Ogos tahun lalu, isu larangan terhadap bukan Islam memasuki masjid menjadi isu hangat selepas anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki surau di Kajang bagi menyampaikan sumbangan.
JAIS antara pihak pertama dilaporkan mengkritik tindakan itu atas alasan orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata larangan pihak berkuasa agama itu menjadikan orang ramai semakin tidak faham dengan politik negara ini apabila ia "diadun dengan agama".
"Kalaulah masuk ke gereja mempengaruhi seseorang kepada Kristian, patut masuk masjid akan mempengaruhi seseorang kepada Islam.
"Mengapa kita halang? Apakah kita tidak suka mereka terpengaruh dengan Islam?
"Akhirnya, kita pening siapa yang jujur, siapa yg sebaliknya. Siapakah yang hendak menegakkan (keadilan) dan siapakah yang hendak bermain dengan isu?" soalnya lagi. DCM

No comments:
Post a Comment