Friday, August 12, 2011

Suhu Bangunan 24 Darjah, Cincin Rosmah 24 Juta kah kah kah

Arahan terbaru kerajaan, Suhu di semua bangunan kerajaan akan ditetapkan tidak kurang daripada 24 darjah celsius sebagai langkah penjimatan tenaga. Surat pekeliling akan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. 


"Perdana Menteri mengarahkan sebagai satu langkah yang bijak kecekapan penggunaan tenaga, semua bangunan kerajaan diminta menetapkan suhu bangunan tidak kurang daripada 24 darjah celsius" kata Menteri Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air Datuk Seri, Peter Chin Fah Kui.



"Kami tetapkan 24 darjah celcius. Kalau kita turunkan kepada 23 darjah celsius, bermakna kita perlu meningkatkan perbelanjaan daripada 4 kepada 7 peratus,". Wow, lagi sedap bunyinya keinginan kerajaan. Bab-bab lain membazir tak kisahlah kan!!


Sedap bunyinya kan. Seronok, kononnya kerajaan ingin berjimat. Kita imbas pula berita yang lalu, agak sedap juga. RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air untuk kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya sepanjang 2006-2010. Ini jawapan bertulis di parlimen.
Lagi sedap bunyinya apabila kita perkecilkan lagi. Jumlah itu kalau dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi. Teramat jimat kan!!


Mahukah PM dan TPM menetapkan suhu 'air-conditional' pejabat mereka 24 darjah celsius. Mungkin mereka mahu, kerana seorang diri di sana. Bayangkan kalau kakitangan yang bersesak-sesak di sesebuah pejabat dengan 24 darjah celsius. Bagaimana dengan yang berurusan dengan orang ramai, lagi penuh manusianya, amacam??


Apapun sokonglah langkah murni kerajaan ini ek, walaupun ketiak anda masam kerana berpeluh. Tiada siapa peduli.


Baca data kat bawah ni :
1. Lawatan Rasmi PM & Rosmah 2008-2011
RM17 juta


2. Kos Selenggara kediaman rasmi PM & TPM
RM49 juta setahun

3. Bil elektrik dan air PM & TPM
RM10 juta setahun

4. Peruntukan program Permata Negara 2011
RM111 juta

5. Penginapan Rosmah di Hotel mewah Atlantis, Dubai
RM140,000 satu malam

6. Beg tangan Rosmah jenama "Hermezz Matte"
RM361,259.99

7. Cincin berlian
RM24 juta

8. Penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri oleh 14 wanita pertama
kebanyakannya daripada negara Afrika
RM4.5 juta

9. Gelang tangan
RM1.65 juta



KEPERLUAN RAKYAT DITARIK
1. Harga petrol RON97 dinaikkan empat kali sehingga Mei 2011 menjadikannya RM2.90 seliter

2. Najib lupus subsidi harga gula RM116.6 juta Mei 2011

3. Kenaikan Gas Petroleum Cecair (LPG) Mei 2011 menjadikannya RM1.90

4. Kerajaan naikkan kadar purata taqrif elektrik sebanyak RM2.23/kw (7.12%) berkuatkuasa
1 Jun 2011.

DIPETIK DARI SUARA KEADILAN, KELUARAN 2 OGOS 2011. - lubokkawah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular