Wednesday, August 10, 2011

Cucu Citit Khir Toyo Usung Mangkok Tandas

APABILA Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim membuat apologetik kepada gereja Methodist di atas keterlanjuran Jais memasuk premis rumah ibadat Kristian itu tapa mengetuk pintu saya juga kurang setuju. Terasa sangat yang Khalid membuat keputusan sendiri.

Belum pasti apakah kemasukan Jais itu benar atau secara salah tetapi Khalid sudah memohon maaf. Tindakan segera Khalid tanpa mendapat laporan terperinci itulah menguriskan hati orang Melayu, terutamanya yang mengaku kuat memperjuangkan Islam.


Kita memahami kenapa Khalid mengambil tindakan itu iaitu untuk tidak mengeruhkan suasana. Khalid mahu agar pihak gereja tidak salah anggap dengan kejadian itu. Tetapi dalam masa sama Khalid tidak mengambil kira perasaan mereka yang kuat beragama Islam tadi.


Wajarlah kalau Khalid dihukum dengan kecaman dan kritikan. Dan saya rasa orang macam Khalid yang akan bersikap persis lembu kenyang akan menerima apa saja celaan dan kritikan terhadapnya itu. Bukan sekali kali beliau menghadapi kecaman. Sudah banyak kali dan beliau hadapi dengan selamba saja.


Sekali beliau bersuara mengaku kesilapan orang akan maaf. Kehebatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang ternyata lebih berkebajikan berbanding dengan bekas MB-MB Selangor sebelum ini menyebabkan kesalahan Khalid tidak menjadi 'kudis gatal'. Beberapa program membantu rakyat yang dilakukan Khalid diterima oleh rakyat. Dengan pendekatan pentadbiran mengurangkan pembaziran dan mengutamakan rakyat menyebabkan Khalid berada di hati rakyat Selangor.


Sebab itulah walaupun Khalid dikatakan tidak mesra politik dan mengabaikan kepentingan politik orang lain sehingga ada usaha untuk menjatuhkan dan merebut kerusinya itu ia tidak berjaya. Usaha itu dilakukan sendiri dari kalangan PKR dan Pakatan Rakyat. Usaha itu gagal kerana apa, kerana Khalid sudah berakar umbi dengan rakyat disebabkan pendekatan pentadbriaannya mengutamakan rakyat tadi.


Ekoran permohonan maaf oleh Khalid kepada gereja Methodist itu, pagi ini sekumpulan orang Islam telah memberikan hadiah kepada Khalid sebagai protes atas tindakan MBN itu. Kumpulan itu dikatakan terdiri berbagai NGO yang kuat beragama Islam dan ekstrem Melayu. Antara hadiah yang mereka longgokkan di hadapan pintu masuk ke SUK Selangor ialah barangan yang tidak pernah dijadikan hadiah dek orang seperti penyapu, mangkok tanda, mop dan sebagainya.
Sambil melonggokkan hadiah berkenaan pemberian hadian itu memakai topeng Khalid dan juga Hasan Ali.


Secara peribadi saya menyokong protes puak yang kuat agama itu. Ada logiknya kalau mereka menyuarkan kemarahan supaya lain kali Khalid tidak akan mengulangi perkara yang sama. Memberi ingatan kepada Khalid suapaya berhati-hati dan memandang depan dan berlakang terlebih dahulu untuk membuat sesuatu tindakan.


Tetapi sedikit yang saya rasakan tidak kena ialah hadiah sebagai simbol protes yang dilonggokkan itu tidak berapa manis dan elok. Kita faham semua itu membawa maksud tersendiri tetapi ia agak melampau dan bukan budaya Melayu. Apa lagi yang memberi hadiah itu kononnya mereka yang cintakan kepada Islam.


Orang akan terfikir apakah benar mereka itu pencinta Islam? Kerana Islam tidak menggalakkan pemberian apa-apa yang buruk atau hina maksudnya kepada seseorang apa lagi pemimpin. Menghantar mangkok tandas tidak pernah dibuat orang kecualilah orang gila atau pun pengutip sampah. Begitu juga pemberian mop, penyapu dan sebagainya.


Hadiah itu kontras sekali dengan tujuan dan matlamat suci mereka untuk membela Islam. Orang Kristian juga akan menggeleng kepala melihat gelagat NGO itu dan juga bentuk hadiah yang mereka sampaikan kepada Khalid Ibrahim. Dalam hal ini orang Kristian lebih berakhlak berbanding dengan orang Islam (Melayu).


Melihat kepada segala macam hadiah itu saya teringat apa yang pernah dilakukan oleh bekas MB Selangor yang kini sedang berpeluh dan tidak tidur malam kerana memikir bagaimana cara untuk membela diri atas tuduhan rasuah, Khir Toyo.



Khir Toyo pernah memberi penyapu kepada salah seorang Pegawai Daerah di negeri berkenaan kerana daerah berkenaan kotor dan daerah itu tidak sampai standard yang ditetapkan. Pemberian penyapu itu menghina pegawai berkenaan dan langkah Khir itu dianggap menghina. Akhirnya apa yang berlaku terhadap Khir Toto Edikromo?


Selepas beliau menghina pegawai itu dengan memberi penyapu nasibnya menjadi buruk. Beliau ditimpa ketulahan penyapu berkenaan. Khir bukan saja kehilangan kerusi MB teteapi partinya juga kalah, Selangor terlepas ke tangan Pakatan. Lebih malang lagi selepas kehilangan kuasa Khir didakwa pula atas tuduhan sungguh memalukan, rasuah.


Nasib Khir Toyo tak ubah seperti orang yang jatuh ditimpa tangga terjerlus pula atas tahi ayam 'monir'. - tahi ayam yang cair dan busuk yang diberak oleh ayam yang berpenyakit dan cerah perut.


Apakah yang beranak menunjuk perasaan memakai topeng dan membawa penyapu, mangkok tandas, mop dan sebagainya pagi tadi adalah anak cucu cicit yang ditinggalkan Khir Toyo? Rasanya begitulah. Orang Pas tidak tergamak dan sanggup untuk menjunjung tandas bekas tahi.


Disebabkan tidak bijak dan hilang akhlak menyebabkan niat yang baik dan suci kumpulan NGO itu terbalik menjadi buruk dan busuk. Memang 20 orang yang berhimpun di hadapan puntu pagar SUK tadi layak membawa mangkok tanda, mop dan penyapu. Sesungguhnya telah sempurna menjadikan seseorang kalau dia penjunjung mangkok tandas maka hidupnya tidak ubah mangkok tandas. [wm.kl.10:28 pm 10/08/11]  - MSO

Baca >>> Isu Gereja: Tindakan JAIS Tidak Perlu, Islam Agama Hujjah 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular