Saturday, August 13, 2011

Shafie Apdal punca kejatuhan Perdana Menteri????

SHAFIE SEMAKIN TAMAK KUASA
Oleh : ISMAIL KASSIM

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai tamak kuasa; menghina rakyat serta Kerajaan Negeri Sabah serta membelakangkan Semangat 20 Perkara dengan melantik FELCRA sebagai agensi pelaksana semua Jalan Luar Bandar (JALB) bagi Program NKRA bagi 2011 di Sabah.

Aktivis Masyarakat, Abdullah Sani Haji Abdul Salleh menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan ‘kurang ajar’ Shafie mengarahkan Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad di Sabah, Haji Samian Mohd Ali menulis surat kepada semua Pegawai Daerah di seluruh Sabah memaklumkan perlantikan berkenaan.


“Apa agenda Shafie sebenarnya? Patut dia malu apabila Kerajaan Negeri mengembalikan lebih 60 juta peruntukan pembangunan KKLW kerana dia ghairah melaksanakan projek berkenaan melalui Pejabat KKLW di Sabah sedangkan Jabatan Pembangunan Negeri ditubuhkan untuk melaksanakan semua projek persekutuan di Sabah,” kata Abdullahsani yang menyifatkan Shafie sebagai Menteri Buta Undang-Undang tetapi celik Kroni.


Kata Abdullahsani, mungkin inilah punca kejatuhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila Menteri Kabinet seperti Shafie bertindak liar; bebas melakukan salahguna kuasa dan membelakangkan Kerajaan Negeri dengan melacurkan jawatannya sebagai Naib Presiden UMNO untuk menghalalkan cara.


“Apa ertinya kita menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia jika Menteri Persekutuan terus menjajah Sabah dan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Perkara 20 dengan melakukan perkara di luar tabii, seperti melantik agensi di bawahnya menggantikan fungsi Pejabat Daerah,” kata Abdullahsani yang kesal dengan keegoan Shafie yang semakin memuncak.


FELCRA, kata Abdullahsani hanyalah berpengalaman dalam bidang perladangan dan tidak mempunyai kepakaran teknikal di Sabah; maka dengan melantik FELCRA menjalankan JALB di Sabah umpama melantik pencuri menjaga harta.


Sehubungan itu, Abdullahsani menggesa Kerajaan Negeri Sabah tidak tunduk kepada tekanan Shafie dan menentang keras campurtangan FELCRA dan KKLW dalam urusan dalaman pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah kerana sejak merdeka pada 16 September 1963, Kerajaan Negeri bertanggung jawab penuh terhadap pembangunan Sabah.


“Jika Shafie terlalu ghairah mahu menjadi Ketua Menteri dengan cara mencampuri urusan Kerajaan Negeri Sabah, maka Sabah bukan lagi menjadi Fixed Deposit kepada BN, sebaliknya menjadi dana politik kepada pembangkang untuk merampas kuasa daripada Kerajaan Negeri yang ada sekarang,” kata Abdullahsani lagi.


Andai ini berlaku, kata Abdullahsani, maka Najib wajib mempersalahkan diri sendiri kerana tidak mendengar keluhan rakyat Sabah berhubung tindak tanduk Shafie yang sudah berlagak sebagai Ketua Menteri dalam senarai menunggu.


Dalam senario ini, Perdana Menteri sewajarnya campurtangan bagi mengelak KKLW terus mengkendurikan peruntukan NKRA sesama kroni Shafie dan Kerajaan Negeri serta rakyat Sabah hanya menjadi penonton kepada kerakusan dan kezaliman yang dilakukan Shafie atas restu Najib.


Jika fungsi Pejabat Daerah sudah dirampas oleh FELCRA, maka tidak ada lagi kedaulatan Kerajaan Negeri Sabah dan kewibawaan Kerajaan BN mudah dipertikaikan dan akan menjadi pemangkin kepada pembangkang merampas Kerajaan Negeri Sabah seperti yang berlaku sebelum BN merampas kuasa pada 1994.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular