Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang telah dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah itu.
SPR nak guna Biometrik? dengan jumlah pengundi yang lebih ramai dari PATI? Masalah yang berlaku ketika program 6P juga boleh berlaku ketika pilihanraya. Adakah SPR terpaksa membatalkan pilihanraya jika masalah yang sama berlaku?
Kalau KDN pun ditipu oleh kontraktor Biometrik itu, apatah lagi SPR. Kalau syarikat Biometrik boleh menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) yang tidak sah kepada KDN, apa masalahnya untuk mereka mengulangi tindakan yang sama kepada SPR. Ditambah pula dengan isu pokok iaitu ketelusan SPR dan JPN yang diragui dan kebencian sesetengah pihak kepada PDRM kerana tindakan PDRM terhadap penyokong BERSIH 2.0.
Adakah dengan semua ini, rakyat akan menyokong cadangan SPR itu untuk menggunakan Biometrik?
Adakah budaya kita bila dah terhantuk, baru nak mengadah? - pemudatua
Jalal Man · Top Commenter · Information Collector at Own worker
PATI akan disahkan jadi PADI (Pekerja Asing Dengan Izin) dan lepas tu PADI akan jadi BERAS (BANYAKLAH EKONOMI ROSAK AKIBAT SELEWENGAN)...lalu lepas itu jadilah NASI (Negara Akan Sengsara Isinya) malah mungkin berakhir sebagai BUBUR (Bangsa Usai, Boleh Unjurkan Revolusi)..dan kemudian sekali..jadilah BASI (Bobrok..Ancur..Semua..Ilu si) Fikir-fikirlah.
No comments:
Post a Comment