Saturday, August 13, 2011

Apa Kena Mengena Larangan Guna Pembesar Suara Baca al-Quran dengan Penyatuan Umat Islam? Jom kita baca Bukti ..


Larangan baca al-Quran guna pembesar suara waktu Subuh boleh jadi isu pecah belah umat Islam


[BH] KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.

Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat. 

Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.


Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.


"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.


"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.


Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.


"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.


"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan,” katanya.


Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.


“Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan,” katanya.  
Sampai habis berita di atas saya baca, Pengerusi Majlis Fatwa ini tidak memberikan penjelasan kaitan larangan membaca al Quran dengan pembesar suara dengan penyatuan umat. 

Fatwa yang dimaksudkan bukannya melarang umat Islam membaca al-Quran pada waktu Subuh. Jika fatwa berbunyi demikian, maka ayuh, semua kita bangkit menentangnya. Namun, fatwa yang dikeluarkan hanyalah meminta bacaan tersebut tidak menggunakan pembesar suara dan larangan itu HANYA untuk waktu Subuh. 

Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar, penghuninya terdiri daripada pelbagai bangsa. Bayangkanlah jika pembesar suara digunakan, apakah perasaan penduduk bukan Islam yang lain? Adakah anda mahu mereka menyumpah setiap kali mereka berasa terganggu. Islam itu agama yang aman, selamat, dan penuh dengan kasih sayang.

Perlu diingat, kerajaan negeri memberikan pertimbangan kepada pentadbiran surau atau masjid untuk melaksanakan fatwa itu. Maknanya, ada budi bicara dalam hal ini. Mungkin bagi surau dan masjid di kawasan pedalaman, arahan yang berkaitan boleh diabaikan.

Secara peribadi, saya agak terganggu apabila majlis keagamaan agama lain dijalankan di kawasan perumahan. Pernah suatu hari, ada jiran yang baru berpindah menjalankan upacara keagamaan di rumahnya. Dengan pelbagai macam bau, mereka juga memasang audio mantera keagamaan terlalu kuat sehingga menyebabkan jiran yang lain terganggu. Itu waktu siang, bukan pada waktu Subuh atau malam. 

Poinnya, perasaan yang sama dirasakan oleh penduduk bukan Islam yang lain jika kita berbuat demikian. Di sinilah perlunya tolak ansur dalam hidup bermasyarakat. Sikap begini sebenarnya mendekatkan lagi orang bukan Islam kepada agama kita. Mereka mengganggap Islam itu agama yang penuh dengan hikmah. Cuba fikirkan, adakah mereka akan mendekati Islam, jika sikap umat Islam membuatkan mereka menyampah dan menjauhi Islam. Siapa yang rugi?

P/s: Sikap UMCO mempromosikan Islam di negara ini mempengaruhi jumlah orang bukan Islam memeluk agama suci ini. Yang sedihnya, sikap yang sama juga mempengaruhi orang Islam meninggalkan agama sendiri. - DCM

Sila dengar penjelasan di bawah ini:

Popout

Dan Baca Artikel ni :
1. Dr Maza : Nabi s.a.w sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid..
2. Pembesar Suara : Perlis Dah Lama "LARANG" kenapa tak KECOH!!! 
3. Bagai Kena Histeria Blog UMCO Tuduh AZAN Tidak Boleh Berkumandang Kuat di PP, Walhal... 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular