PRU-13 : SPR bersiap awal
Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.
“Lazimnya, apabila kita masuk tahun keempat selepas pilihan raya sebelum ini, persiapan akan mula dibuat, bila tahun keempat kita membuat persiapan awal... SPR menggunakan itu sebagai petunjuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Wan Ahmad berkata tempoh tiga tahun untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berlalu dan kini masuk tahun keempat yang membolehkan suruhanjaya mengadakan persiapan menghadapi pilihan raya.
“Kami buat macam-macam persiapan... persiapan awal seperti soal logistik, menentukan pusat-pusat mengundi, keperluan cetakan buku panduan, banyak persiapan kita buat.
“Persiapan lain seperti latihan bagi pekerja dan pegawai pilihan raya akan dilakukan kira-kira satu dua bulan sebelum (pilihan raya),”katanya.
Pilihan raya umum 2008 diadakan di akhir tahun keempat mandat.
Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir pada penghujung April 2013 manakala kerajaan-kerajaan negeri antara akhir April dan Mei 2013.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan seawal Julai ini ataupun antara September dan Oktober dan jika tidak, awal tahun depan.
Desas-desus mengatakan pilihan raya tahun ini telah bertiup kencang sejak setahun lalu.
SPR baru sahaja selesai mengadakan pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider baru-baru ini, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sebelum bermulanya bulan Ramadan, yang jatuh awal Ogos.
Bagaimanapun pemerhati politik melihat ia tidak mungkin.
Ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk mengadakan pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk bulan depan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak risau dengan mana-mana tarikh.
“Sebab kami bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa...bila tarikh pembubaran tidak menjadi keutamaan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa SPR akan menghentikan proses pendaftaran pemilih bulan ini bagi menghadapi pilihan raya umum, Wan Ahmad berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
“Mana ada, tidak. Itu tak betul. Siapa punya kerja itu?” kata beliau dengan merujuk kepada peraturan yang mewajibkan proses pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun tidak kira musim pilihan raya ataupun sebaliknya.
Daftar pemilih akan diwartakan setiap tiga bulan sekali. -TMI
Arkib Berita
-
▼
2011
(3873)
-
▼
06/12 - 06/19
(223)
- DAP bongkar Kerajaan Negeri BN memberi tanah puluh...
- Puting Beliung Melanda Mersing, Sampan Berpusing D...
- Nasihat Najib : "Tiru macam saya" hehehehee
- Mahathir: Malaysia muflis jika negara kebajikan penuh
- Siapa bayar kos pertunangan anak Najib?
- Apa Menteri Dapat? Apa yang Anda (Majoriti) Dapat?
- Serangan siber ada kaitan Bersih 2.0 - Rais bakal ...
- NGERI : PENCURI PATAH KAKI TERJUN BANGUNAN
- Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini
- Tanggapan salah manusia : Hujah dan hadis sebagai ...
- Tubuh panel syariah elak media hina Islam
- Tiga lagi saman menanti Felda
- P'raya masjid: Nama Agong diheret, kata Aziz Bari
- BN boros buat rakyat terbeban
- Masih ada tidak faham jenayah rogol, zina
- Iran larang lelaki pakai rantai.. Bagaimana dgn NE...
- MAIPP : Pilihan Raya Masjid Tangguh, Bukan Batal
- HACKERS LOCAL ? ARE YOU SURE ?
- Bersih : Blogger UMNO yakin dgn "Keupayaan" Pemuda...
- Kita lawan sistem pilihanraya kotor, bukan polis
- ‘HANTU RAYA’ DI MAHKAMAH KANGAROO?
- MAIPP: Panel bebas kaji kaedah pemilihan baru kariah
- REGISTERING FOREIGNERS TO BE MALAYSIAN?
- Ngeri : Mayat orang bunuh diri yang tergantung
- Video Maharaja Lawak Astro Minggu 12 - Koleksi Pen...
- Anak Najib Bertunang Malam Ini (+ GAMBAR)
- Biar Betul!!! : Rais percaya serangan godam laman ...
- Satu lagi Projek Barisan Nasional!! Signboard Tumb...
- Bersih : Hisham bagi amaran pada Khairy, Khairy ka...
- Tahi manusia dijadikan daging tiruan??? (+Video)
- NAJIB TERPAKSA TUNDA PRU-13?
- Buku kartun Najib tonjol Cina berhidung babi
- Kuliah Jumaat 17 Jun 2011 - Isu Kebajikan dan Boik...
- Demonstrasi Bersih, Perkasa dan Pemuda UMNO - Bers...
- Hikayat Hang Nadim berulang lagi...
- Felda: Untung RM1bilion tapi hutang RM6 bilion
- Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad
- Wow, Al Ustazz Perkasa dan Al Ustazz Jurublog "FAT...
- UZAR: HUKUM MENYERTAI HIMPUNAN BERSIH
- Ahli JKKK wanita dicekup berjudi
- Perhimpunan BERSIH Tetap Diteruskan. Terengganu Ha...
- Khairy lupa diri - 'jilat ludah ‘beruk-beruk di ja...
- Negara kebajikan: PAS tubuh panel pelaksana, rangk...
- ‘pokok senyum’
- 4 Alasan Hari Jumat Begitu Penting Bagi Seorang Mu...
- Utusan Pandang Rendah Kaedah Pengadilan Dalam Isla...
- Sabah, Sarawak may lose oil, gas forever
- Pandu kereta terus ke dalam tasik kerana GPS (+Video)
- SYARAT PEMIMPIN NEGARA: TEKS DAN KONTEKS
- PERJANJIAN MALAYSIA BATAL DAN TIDAK SAH?
- KENAPA SKMM SERANG SABAHKINI.NET?
- Rais Yatim kalah teruk!
- BN GALI KUBUR SENDIRI ?
- Speaker buying tips
- Laman Facebook 1.8 juta. Apa kata pakar media dunia
- Pemuda Umno sertai perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai...
- Karikatur: Perkasa kata Utusan tak hina Islam, men...
- Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu henda...
- Abu Bakar Ba'asyir dihukum penjara 15 tahun
- Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong k...
- TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat
- Panas!!! : Patutlah ramai yg MURTAD.. di ISLAMkan ...
- Murtad : Apabila Jamil Khir & Ng Yen Yen Menipu Di...
- MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UT...
- Bahaya menabur fitnah
- Karikatur: Utusan Malaysia sudah jadi ‘Denmark Mal...
- Pinjam KWSP RM6 bilion, Felda rugi: Anwar tuntut s...
- ‘Haram kerana mudarat orang ramai’
- SKMM TEGUR KOMEN DI SABAHKINI.NET
- MASIH TENGOK BERITA TV3SUKU?
- Minyak Zaitun Kurangkan Risiko Angin Ahmar
- UMNO dalam BAHAYA – media alternatif pro UMNO bers...
- Apa jaminan sistem keselamatan negara kita
- Hak berdemonstrasi adalah hak asasi bawah perlemba...
- Santai : report...report....report....report.....r...
- Harga Ikan Naik 30% Akibat Penyelarasan Subsidi Di...
- Racau Sebuah Negara Berkebajikan
- Lihat BERSIH Secara Positif, Ia Mampu Jana Pendapa...
- Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 (Gambar & Video)
- Pengorbanan seorang ISTERI
- LAMAN WEB POLITEKNIK,PERLANCONGAN MANGSA PERTAMA D...
- Rakyat dicandui mimpi muluk BN lagi
- Utusan Malaysia Biadap Mempersendakan Islam - Ketu...
- RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya di...
- RODA KERETA KUDA FIRAUN DI DASAR LAUT MERAH
- Ismail Sabri mahu 'gencatan senjata' dengan Soi Lek
- Kes Khir: Saksi utama akui bohong kepada SPRM
- Ambil pengajaran bangsa yang pupus
- Inilah foto isteri dan anaknya Hitler yang dirahsi...
- Persatuan Ulama Kecam Karikatur Hina Islam Utusan ...
- APA ITU HUDUD
- Jangan Politikkan Qazaf, jika dibiarkan akan menye...
- Negara kebajikan, Pas sedia debat
- 'Gugur Hasan Ali cadangan pemimpin utama PAS'
- Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana...
- Labuan MP tells Upko to stay out
- Bersih rally: Hindraf opts out
- Pengodam salah faham niat baik k'jaan ATAU K'jaan ...
- Umno Selangor gelabah
- PRU 13: Tiada jalan mudah buat Najib, BN
Artikel Popular Minggu ini (Top 10)
No comments:
Post a Comment