Wednesday, May 4, 2011

Kecoh depan DUN Pulau Pinang


MOHAMED GHANI bersama tiga ahli Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang dibawa ke balai polis selepas enggan bersurai di hadapan Bangunan DUN Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Usaha kira-kira 40 ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di depan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyerahkan memorandum ketika persidangan berlangsung menjadi kecoh apabila empat daripada mereka ditahan polis.


Perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 12.45 tengah hari itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Suara Anak Malaysia Pulau Pinang, Mohamed Ghani Abdul Jiman bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri.

Mereka telah diarahkan bersurai oleh anggota polis yang berkawal tetapi berdegil menyebabkan Mohamed Ghani dan tiga yang lain dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Abdul Ghani sebelum itu dilihat cuba bertindak memanjat pagar di hadapan pondok pengawal DUN sambil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Kami hanya ingin serahkan tiga memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Speaker DUN (Datuk Abdul Halim Hussain) dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 10 isu mengenai orang Melayu.

"Kenapa kami tidak dibenarkan masuk sedangkan kami juga rakyat Pulau Pinang," katanya sambil menunjukkan kad pengenalan kepada pengawal keselamatan di situ. -kosmo

Ghani panjat pagar DUN, ditahan polis



Pengkritik paling lantang kerajaan Pulau Pinang, Mohammed Ghani Abdul Jiman dan tiga lagi ditahan polis hari ini selepas membuat kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.



Ketua Polis Daerah George Town Gan Kong Meng berkata mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan enggan bersurai apabila diarahkan berbuat demikian.



Mohammed Ghani yang datang bersama 10 penyokong sebelum itu berjaya menyerahkan sebuah memorandum kepada pegawai akhbar Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menemuinya di pagar.



Bagaimanapun, memorandum itu ditujukan kepada Speaker Abdul Halim Hussein, Yang di-Pertua Negeri Abdul Rahman Abbas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



"Saya tidak serahkan memo kepada Lim kerana saya sudah hilang kepercayaan padanya," kata Mohammed Ghani.



Mohammed Ghani bagaimanapun berusaha memasuki perkarangan DUN dengan cuba memanjat apabila pagarnya ditutup.



Beliau kemudian cuba mengadakan sidang akhbar berhampiran sebatang jalan di hadapan bangunan itu dan enggan bersurai apabila diarahkan oleh polis.



Akibatnya, beliau diheret je sebuah lori polis. Di lori berkenaan, Mohammed Ghani meluahkan kemarahannya dan menjerit bahawa semua ADUN Pulau Pinang adalah pengecut dan menawar membeli membeli skirt untuk mereka.



“Saya rakyat Malaysia, kenapa saya tidak dibenarkan masuk dewan?” jeritnya sambil melayangkan kad pengenalan bagi membuktikan kerakyatannya itu. -mk


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular