Friday, May 6, 2011

Inflasi Malaysia dikawal baik


Inflasi tidak banyak menjejaskan pertumbuhan Malaysia kerana ia telah dikawal dengan baik, demikian menurut Public Bank. 


Dalam edisi “Economic Review- May 2011” nya, ia berkata permintaan domestik yang rancak, terus memberikan tekanan menaik ke atas harga-harga di Malaysia ekoran aktiviti ekonomi mampan. 

“Paras inflasi di Malaysia dijangka berpurata antara 2.5 hingga 3.5 peratus pada tahun 2011, iaitu di sebalik harga komoditi dan makanan yang kian meningkat, dipegaruhi situasi penawaran tidak menentu, ketegangan geopolitik dan permintaan kukuh dari ekonomi pasaran baru. 

“Sementara pelarasan seterusnya bagi menguruskan harga-harga di Malaysia dijangka berlaku tahun ini dengan bersifat lebih berperingkat,” katanya. 

Pada tahun 2010, beberapa pelarasan dalam harga runcit petrol, diesel, gas petroleum cecair dan gula, menyaksikan kesan penyaluran terus harga global tinggi kepada harga domestik. 

“Pelarasan dalam pengurusan harga membantu ekonomi Malaysia untuk menyesuaikan pergerakan dalam harga global dan antarabangsa,” kata Public Bank. 

Katanya sejak 30 tahun, Malaysia telah mengalami tiga tempoh singkat tekanan harga tinggi iaitu dari 1980 hingga 1982, 1997 hingga 1998 dan 2008. Tetapi pertumbuhan negara kekal sihat pada paras 5.9 peratus setahun dalam tahun 1980an, 7.3 peratus dalam tahun 1990an dan lima peratus dalam tahun 2000-an. SH


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular