Wednesday, May 4, 2011

Jawapan kepada kuncu2 Barat & tuduhan jahat kpd pejuang Islam

Azizol Mohamad
Sejarah membuktikan, keburukkan yang mereka lakukan dalam membalas kebaikkan.

Islam digambarkan dengan gambaran yang keliru, dimana mereka menyimpang jauh daripada kejujuran dan kebenaran. 

Nabi umat Islam digambarkan dengan Imej yang tidak layak dengan kedudukannya yang mulia dan terhormat, iaitu gambaran yang tidak boleh diterima jiwa yang sihat.


Dermenghem*  berkata, “Setelah terjadi peperangan antara Islam dengan Kristian, melebarlah jurang permusuhan dan salah faham dengan serta merta, dan persoalan bertambah runcing.

*p/s: Emile Dermenghem adalah orientalis Perancis yang banyak mengkaji tentang Arab dan Islam. Dia menulis buku tentang biografi Nabi bertajuk The life of Muhammad bererti kehidupan Muhammad. Bukunya menjadi rujukkan para sarjana Islam .Malah Dr Muhammad Husayn Haykal banyak merujuk karyanya ketika menulis biografi Nabi dengan tajuk Hayah Muhammad bererti kehidupan Muhammad.  

Harus diakui, orang Barat yang terlebih dahulu memperbesar perselisihan. Antara pendebat-pendebat Byzantine, ada yang memburuk-burukkan Islam kerana kebencian sahaja tanpa berusaha mengkajinya bersungguh-sungguh, kecuali John Damascene*(rujuk nota kaki). Para penulis dan penyair menyerang umat Islam Andalusia dengan celaan yang jelek.Mereka mendakwa Nabi Muhammad adalah pencuri unta, menuduhnya bergelumang dalam kepura-puraan , menganggapnya ahli sihir, kepala perompak jalanan, malah menuduhnya sebagai Pendeta Roma yang marah kerana tidak terpilih menduduki kerusi Pope. Sebahagian daripada mereka mendakwa beliau adalah tuhan palsu yang “hamba-hambanya mempersembahkan korban manusia kepadanya”. 

Malah Guibert de Nogent yang dikenali sebagai sifat ketelitian juga menyebut  Nabi Muhammad mati dalam keadaan Mabuk dan jasadnya ditemui ditempat pembuangan najis, dimana khinzir-khinzir sudah memakannya. Cerita dijadikan alasan pengharaman arak dan daging khinzir. Buku-buku kumpulan syair nyayian jauh menyimpang sehingga mengatakan Nabi Muhammad adalah patung yang diperbuat daripada emas dan masjid-masjid Islam adalah tempat penyembahanberhala yang dipenuhi dengan pelbagai patung dan gambar.

Penulis lagu Antakiyah (inggeris:Song of the Antioch, Perancis: La Chanson de Antioche*)

Note- ialah kumpulan syair lagenda perancis ditulis sekitar abad 12Masehi. Naskah asli itu hilang dan karya yang terdapat sekarang adalah naskah yang diadaptasikan oleh Graindor de Douai sekitar tahun 1180Masehi.Song of the Antioch mengisahkan tentang perang Antakiyah ketika Perang Salib I antara umat Kristian yang dipimpin oleh Richard the Pilgrim melawan umat Islam. Pada zaman Greek , Antakiyah menjadi sebhagian daripada wilayah Syria dan kini termasuk wilayah Turki. Maklumat lanjut boleh rujuk Joseph R. Strayer (1989), Dictionary of the Middle Ages, jilid 3 New York: Simon &Schuster Macmillan, hal,254.


Mereka menyampaikan cerita tentang adanya orang yang melihat patung Mahum yang bermaksud Nabi Muhammad, diperbuat daripada emas dan perak tulin , menunggang gajah sambil duduk diatas bangku yang diperbuat daripada kepingan batu.Manakala “nyayian Roland” (Inggeris : Song of Roland, Perancis: La Chanson de Roland) *Note-Kumpulan syair lagenda perancis .Boleh jadi ditulis oleh Turold seorang penyair berbangsa Norman sekitar abad ke11 Masehi.Kumpulan syair ini mempunyai naskah yang berbeza.Naskah yang terbaik adalah manuskripyang ada di Oxford yang ditulis sekitar tahun 1080 Masehi.Roland adalah nama pemimpin pejuang yang hebat dalam pasukan Charlemagne. Dia mati ketika perang Roncevaux Pass antara pasukan Charlmagne menentang umat Islam diSpanyol yang berlaku pada 15 ogos 778 Masehi. Kisahnya diungkapkan semula dalam bentuk syair ketika Perang salib I berlangsung. Tujuannya bagi menambah semangat pasukan Kristian menentang Umat Islam. Huraian lebih terperinci tentang masalah ini boleh dirujuk pada laman web :-

Mereka juga menggambarkan kuda Charlemagne * menhancurkan berhala-berhala Islam dan mendakwa umat Islam Andalus menyembah tiga patung yang terdiri daripada Tervagan, Mahum dan Appolon.
*Note:Charlemagne hidup antara tahun 742masehi atau 747 hingga 28 january 814 Masehi.Dikenali sebagai Charles the Great.Dia adalah raja Franks yang hidup antara tahun 768-814 Masehi dan diangkat menjadi Raja Lombards antara Tahun 774-814Masehi. Dia dianugerahi mahkota Emperator Augustus diRom pada 25 Disember 800 oleh Pope Leo III. 

Dia adalah orang pertama yang digelar Holy Roman Emperor iaitu Kaisar suci Rom dengan dipangil Charles I. Didalam song of Roland , dia digelar sebagai King with the Grizzly beards. Iaitu Raja yang berjanggut putih. Pada Tahun 797 atau 801 Masehi. Khalifah Harun Al Rasyid menhadiahkan  seekor gajah Asia yang dinamakan Abu al Abbas.Begitu juga sebuah jam yang mempunyai burung mekanik bagi memberitahu waktu.

Manakala , Buku KIsah Muhammad (Le Roman de Mahomet) mendakwa, Islam membolehkan perempuan mempunyai banyak suami (Polyandri). Rasa dengki dan Khurafat begitu kuat dan mendarah daging. Bermula dari

Rudolph de ludheim hingga kehari ini orang seperti Nicolas de Cuse,Vives ,Marraci dan hootinger Bibliander, Prideaux dan lain-lain menyifatkan  Nabi Muhammad sebagai dajal dan Islam dianggap sebagai himpunan daripada semua ajaran sesat  yang dicipta  oleh syaitan. Manakala, umat Islam  adalah binatang-binatang  yang ganas dan al quran adalah ungkapan bait-bait kebatilan.
Bersambung….Allahuakbar!!
-------------------------------

*p/s: John Damscene atau John of Damascus dan dalam bahasa latinnya Johannes Damascenus hidup antara tahun 675-749Masehi.Dia seorang Teologi Kristian berketurunan Greek dan penulis lagu bagi Gereja.Bertugas sebagai Pegawa Tinggi diistana Khalifah Abd Malik bin Marwan yang memerintahantara tahun 685-705M. Dia menjawat jawatan itu selama lebih kurang 10 tahun atau 20tahun. Kemudian dia mengundurkan diri dan pergi ke Gereja St Saba atau Mar Saba yang terletak diantara Jerusalem dan Laut Mati. Dia menjadi Paderi disana sehingga meninggal pada 27 Mac 749Masehi. Namanya menjadi terkenal pada Tahun 726Masehi apabila menerbitkan  karya Apologi “Three apologies Against Who Attack the Devine Images. Karya ini diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris pada Tahun 1980 Masehi. Karya-karya terkenal ialah  “Fount of Wisdom”, diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris pada Tahun 1958 yang terdiri daripada tiga bab.Antara falsafahnya, bidaah-bidaah dan kepercayaan ortodoks.

Pada halaman 101 bab kedua buku itu, dia membincangkan tentang Islam.Dia menggambarkan Islam termasuk dalam golongan Kristian yang membawa bidaah.Karyanya tersebar luas dikalangan Kristian sama ada diBarat mahupun diTimur. Pada 27 mac 1890,bertepatan dengan hari kematiannya, Pope Leo XIII menganugerahkan gelaran Doctor of The Church. Maklumat lanjut boleh rujuk Saint Augustine’s Ramsgate(1947), The Book of Saints: A  Dictionary of Servants God Canonized by the Catholic Church, Exctract from the Roman and other Martyrologies,c.4 London: Adam & Charles Black,h.326, Donald Attwater (1970), The Penguin Dictionary of Saints,c.3. Great Britain: Penguin Books Inc, h.194; Johm Bowker (1997), The Oxford Dictionary of World Religions. New York: Oxford University Press,h.506. Antara buku pedoman yang ditulis oleh St.John yang terdapat dalam bahasa Arab adalah Muhawarat Ma’a Muslim bererti  dialog dengan orang Islam dan Irsyadat  al-Nasaraa fi Jadal al Muslim  bererti pedoman bagi umat Kristian dalam berpolemik dengan orang Islam. Rujuk Mahmud Hamdi Zaqzuq (1989), Orientalisme dan Kesan Pemikiran Terhadap Tamadun Islam. Che Yusuf bin Che Mat dan Mudasir Rosder, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.2-3.


P/s : Masih lagi menjawab tentang Isu nih: Najib Razak brkata dunia akn lebih slamat & aman brikutan kmatian pemimpin pngganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dlm satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat hari ini. YG MELEBELKN OSAMA PNGANAS ADALAH MUSUH ISLAM. ADA ORNG ISLAM YAKIN SELEPAS INI DUNIA AKN SLAMAT. SEDAR KAH KAMU SIAPA DIA YG DOK RAMPAS TANAHAIR & BUNUH UMAT ISLAM PALASTIN SEJAK DULU HINGGA KINI ITU . YG MNGANCAM NGARA ISLAM SIAPA DIA? < drp akhi Abu Khaibar>

Agak malu sedikit bila mana wujud seorg pemimpin Islam yg kononnya ada usaha menegakkan Islam dalam prjuangan Asorbiyyahnya lalu mengeluarkan statement2 yg agak ''childish'' dari mulut2 org islam sendiri yang menyatakan sokongan ....Tolonglah duhai pemimpin Islam ..buat kajian dulu " kenapa mereka bermatian dan brgolok gadai'' dalam bab pembantaian orang2 islam disegala ceruk dunia.... 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular