Tuesday, May 3, 2011

Seorang bapa sanggup bertindak di luar perikemanusiaan

Roboh rumah anak guna jentolak

MARANG – Seorang bapa sanggup bertindak di luar perikemanusiaan apabila sanggup menghalau anak sendiri dengan cara kekerasan, menggunakan jentera berat untuk merobohkan rumah anaknya di Batu 13 di sini, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, rumah milik ahli perniagaan, Yusof Mat Yasin, 52, rosak teruk selepas tempat meletakkan kenderaan dirobohkan, manakala sebahagian dapur runtuh apabila pemandu jentolak menolak tanah di sekeliling rumah itu. 

Yusof ketika kejadian berada di dalam rumah dalam keadaan ketakutan bersama isterinya, Faridah Abdullah, 50, dan salah seorang daripada empat anak mereka, Norliana Yusof, 17. 

Isterinya Faridah, ketika ditemui Sinar Harian semalam berkata, sebuah jentolak sudah berada di pekarangan rumah itu sejak awal pagi sebelum sekumpulan lelaki bertindak untuk merobohkan rumah berkenaan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular