Ahli sunnah wal-jamaah bersependapat bahawa orang-orang yang telah mati, mendapat manfaat dari doa-doa dan sedekah orang hidup untuk mereka.
Imam murtadho al-zabidi menyatakan dalam kitab syarah ihya’ dengan katanya : Berkata imam al-suyuthi dalam kitab syarhus-sudur “dan adapun bacaan Al-Quran atas kubur maka sahabat-sahabat kita telah pun memutuskan pensyariatannya”.
Al-Za’farani pula berkata “ Aku sendiri telah menanyakan imam syafi’e tentang membaca Al-Quran di tepi kubur lalu beliau menjawab yang demikian itu tidak mengapa.
Kata imam Al-Nawawi dalam kitab syarhul muhazzab : Disunatkan bagi penziarah kubur membaca apa yang mudah daripada ayat Al-Quran dan mendoakan untuk mereka sesudahnya, ini telah di naskan oleh Imam Syafi’e dan juga telah dipersetujui oleh sahabat-sahabatnya. Dalam tajuk lain Imam Nawawi menambah percakapannya dengan mengatakan “jika mereka dapat khatamkan Al-Quran atas kubur adalah lebih af-dhol” -habis .
Salah seorang guru kepada Al-Hafiz Ibnu Hajar iaitu yang masyhur dengan gelaran Ibnu Qatthon telah ditanya kepada beliau soalan iaitu : Adakah sampai pahala bacaan Al-Quran itu pada simati ataupun tidak? . lalu soalan itu dijawabnya dalam satu risalah bernama al-qaulu bil ihsan al-amim fil intifa’e al-mayyiti bil quran al-azhim dengan panjang lebar, ringkasan daripada jawapannya adalah:
Khilaf di kalangan ulama’ tentang pahala bacaan untuk simati , sebahagian mereka berpendapat bahawa pahalanya itu tidak sampai kepada simati dan ini adalah masyhur pendapat mazhab syafie dan malik, dan sebahagian lain pula dari kalangan ulama’ berpendapat bahawa pahala sampai kepada mereka dan ini adalah pendirian imam ahmad selepas dia mengeluarkan kenyataan sebelum itu iaitu membaca Al-Quran atas kubur adalah bid’ah, tapi bahkan setelah itu di nuqilkan dari kenyataannya yang mengatakan bahawa sampai pahala kepada simati apa sahaja dari amalan sedekah , solat , haji , puasa , iktikaf , bacaan Al-Quran , zikir dan sebagainya, dan di nuqilkan juga dari Imam Syafie bahawa mayat mendapat manfaat dengan bacaan Al-Quran atas kuburnya.
Pendapat al-qadhi Abi al-Thoiyyib pula bahawa pahala pembaca Al-Quran di kuburan dan mayat adalah seperti orang yang hadir [yakni sebagaimana para hadirin mendapat rahmat dan berkat kerana hadir mendengar bacaan dari qori Al-Quran samalah juga halnya mayat yang dibacakan disampingnya Al-Quran] maka diharapkan baginya rahmat dan keberkatan. Abdul karim al-syalusi berkata: “pembaca Al-Quran jika dia meniatkan bacaannya agar pahala itu dihadiahkan kepada simati maka ianya tak akan sampai jika niatnya itu di pasang sebelum melakukan ibadah tersebut, kerana bacaan Al-Quran adalah di katagorikan dalam ibadah badan maka tidak jatuh pada selainnya, tetapi jika dia membaca Al-Quran terlebih dahulu kemudian dia menghadiahkan pahala bacaan itu pada simati maka itu dikira sampai dan memberi manfaat padanya.
Wallahu a’lam wa ahkam…
No comments:
Post a Comment