Tuesday, May 3, 2011

Eskay sedia jalani ujian poligraf dengan dua syarat

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Selepas sumpah laknat dipertikaikan banyak pihak, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun tegas Shazryl, yang merupakan salah seorang “Datuk T”, Anwar yang juga Ketua Umum PKR perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.

Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.


“Ujian poligraf saya akan buat dengan dua syarat, yang pertama Anwar kena buat juga dan dia kena lakukan ujian ini dulu, lepas dia buat baru saya akan buat.


“Syarat kedua, ia perlu dibuat dan disiarkan secara langsung di televisyen, saya nak ia dibuat secara langsung...saya tak mahu nanti kata konsprirasi dan macam-macam lagi.

“Biar rakyat lihat ujian poligraf ini secara langsung dan biar rakyat tahu apa itu ujian poligraf dan biar rakyat lihat kebenarannya... kalau sumpah laknat pun kata tak dipakai, lagi kata konspirasi, lebih baik ujian ini dilakukan secara langsung,” katanya.

Shazryl berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa yang mencadangkan agar “Datuk T” menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak berhubung rakaman video seks itu.

Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan “Datuk T” itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.

“Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar,” katanya.

Selain itu, Husam turut mempersoalkan tindakan Shazryl tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu didakwa berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.

“Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu,” katanya. KB


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular