Wednesday, September 4, 2013

Setelah Kantoi!! Kerajaan Najib Naik Kan Harga RON 97

RON97 naik 15 sen mulai tengah malam ini
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.

Harga pasaran RON97 pada kebiasaannya ditentukan secara "apungan terurus" yang melibatkan perubahan mengikut faktor pasaran dan tidak melibatkan subsidi kerajaan.

Kerajaan menetapkan subsidi sebanyak 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Ini merupakan peningkatan harga pertama untuk petrol RON97 selepas harga runcitnya meningkat 20 sen pada Mac lalu.

Harga runcit berkenaan turun 20 sen selepas pilihan raya 5 Mei.

Harga RON97 mencatat paras tertinggi RM3 selitar pada September 2012. Mkini

PETROL BERKUALITI LEBIH RENDAH ADALAH LEBIH MAHAL DARI PETROL BERKUALITI TINGGI!!!!
Dinegara-negara LAIN DIDUNIA waima dinegara paling tidak maju sekali pun dalam dunia ... barang yang berkualiti lebih tinggi sudah pasti harganya lebih mahal dari barang yang kualiti lebih rendah ... itu adalah hukum dan amalan universal yang logik .... tepai di Malaysia negara yang diperintah oleh UMNO berketuakan Najib Razak lain dari yang lain .. pelik lagi menghairankan ...BARANG BERKUALITI RENDAH LEBIH MURAH DARI BARANG KUALITINYA LEBIH TINGGI.

Ini bermakna negara Malaysia yang diurus tadbir oleh UMNO/BN berketuakan Najib Razak adalah yang paling hampeh dan teruk sekali dalam dunia??????

Ini terjadi pada RON95 dan RON97 ... Harga RON95 tanpa subsidi jika diambil kira apa yang dipekikkan oleh para pemimpin UMNO jika tiada subsidi berharga RM2.73sen seliter .. Iaitu RM2.10 seliter harga pam dan ditambah 63sen seliter harga subsidi yang dihebohkan oleh kerajaan UMNO/BN ....Sedangkan harga RON97 kini yang sedikit pun tidak menerima subsidi harga dipam ialah sebanyak RM2.70sen seliter .. 3 sen lebih murah dari RON95.

Satu dunia pun tahu .. kualiti RON97 lebih baik dan tinggi dari RON95 tetapi mengapa boleh lebih murah dari RON95??????

Atau ada sesuatu yang tidak kena dengan angka subsidi ini ?????...

Kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada rakyat berkenaan harga Petrol RON97 yang lebih murah berbanding RON95.

Rakyat keliru keadaan itu berlaku kerana harga RON 95 sepatutnya lebih murah jika kerajaan serius untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam pemberian subsidi bahan api itu.

Keadaan itu menunjukkan kerajaan tidak telus dalam penstrukturan subsidinya dan adanya hanky panky. omakkau

najib kantoi naik ketika minyak dunia turun!!
pm seperti pak pandir...

Ron95=20sen,
Ron97=15sen,
Diesel=20sen &
Ron92=??

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular