Tuesday, September 3, 2013

Lepas RON95 dan Diesel, kini Tarif Elektrik bakal menyusul

Tarif elektrik ambil kira keselesaan rakyat
SERI MANJUNG - Aspek keselesaan rakyat menjadi perkara utama sebelum kerajaan memutuskan cadangan penyemakan semula tarif elektrik, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Beliau berkata cadangan itu masih dikaji dengan meneliti pelbagai sudut pengguna kerana kerajaan tidak mahu rakyat terbeban.

"Kita perlu lihat semua sudut, kalau kita laksanakan, kita perlu lihat macam mana industri, pengguna di rumah pula macam mana, berapa hadnya, berapa (harga) yang murah. Sekarang pun ada beberapa harga, ada yang murah... kerajaan perlu cari 'kusyen' untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung hari ini.

Mahdzir berkata kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya setuju menaikkan tarif elektrik, sebaliknya perlu memikirkan kaedah terbaik agar rakyat tidak terbeban, jika semua kos hidup meningkat.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie bahawa syarikat itu berhasrat menyemak semula tarif elektrik berikutan peningkatan kos operasi.

Pada 19 Ogos lepas, TNB memberi jaminan jika cadangan pelarasan tarif elektrik dipersetujui kerajaan, kadarnya tidak akan membebankan pengguna.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata langkah itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowat sejam.

Mengulas lawatan ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Mahdzir berkata stesen itu kini melaksanakan pembinaan janakuasanya yang keempat.

"78 peratus pembinaan janakuasa keempat itu telah siap dan dijangka beroperasi pada Mac 2015 dan membekalkan elektrif ke seluruh Semenanjung, grid elektrik itu akan dimasuk ke dalam Grid Nasional," katanya.

Beliau berkata stesen itu kini menghasilkan 2,100 megawatt (MW) dan berupaya menambah kapasiti keseluruhan kepada 3,100 MW apabila janakuasa keempat, yang bernilai RM5 bilion, beroperasi. - Bernama

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular