Monday, August 5, 2013

Jangan Uji Kesabaran Rakyat?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berterima kasih kepada PAS dan PR yang terus menyertai pilihanraya walaupun pelbagai penyelewengan dan kekeliruan berlaku semasa proses pilihanraya diadakan

'Walaupun kita bertanding di atas padang yang tidak sama rata tetapi kita tetap bertanding kerana tidak mahu peralihan kuasa berlaku dengan aman'.

'PAS tidak pernah gagal menyertai setiap pilihanraya walaupun kita tahu terlalu perkara yang tidak telus dan berat sebelah berlaku, jangan uji kesabaran kami sehingga kami sudah tidak mahu lagi menyertai pilihanraya" ujar Salahuddin.

Beliau berkata jika parti-parti politik sudah tidak mahu menyertai pilihanraya, dibimbangi rakyat akan mengambil jalan lain sebagai protes kepada tindakan kerajaan yang menyeleweng, rasuah, menindas rakyat dan sebagainya.

'Jangan uji kesabaran rakyat yang sehingga ini masih bersabar dengan segala penipuan dan penyelewengan rakyat. tetapi kesabaran ini ada tahapnya" tambah Salahuddin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Salahuddin juga berkata mahkamah Malaysia seolah-olah seperti Bursa Saham apabila menolak Petisyen Pilihanraya dengan kos yang mencecah ratusan ribu ringgit.

'Keputusan Hakim pada perbicaraan petisyen ini seolah-olah sudah 'scripted' di mana semuanya ditolak dengan kos puluhan ribu malah ada yang mencecah ratusan ribu, mereka sebenarnya menggertak kita supaya lain kali jangan buat petiseyn lagi'.

'Tidak pernah sebelum ini kos ini ditolak dengan jumlah yang begitu besar sehingga membebankan pempetisyen" tambah Salahuddin.

Turut sama menyampaikan ceramah pada malam itu ialah Pengerusi DAP Melaka yang juga Ketua Pembangkang Dun Melaka, Goh Leong San; Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Bukit Baru, Dr Md Khalid Kassim.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular