Tuesday, August 6, 2013

GempaQ!!! Pewaris 'Yang di-Pertuan Agong' di tahan polis

Sekumpulan Lelaki Berpakaian Hitam Nak ‘Ambil’ Istana Negara Ditahan
Sepuluh individu yang mendakwa mereka pewaris Yang di-Pertuan Agong, ditahan ketika berhimpun di Pintu 1, Istana Negara di sini kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita itu berpakaian serba hitam dan menaiki tiga buah kereta.

Siasatan mendapati antara ajaran kumpulan itu ialah mendakwa dua kalimah syahadah sedia ada tidak sah dan anggota baharu diwajib berbaiah (bersumpah) serta mengucap kalimah syahadah yang baharu di hadapan ketua yang bergelar ‘Tuanku’. 
Kumpulan ini mengakui dari Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara dan bertujuan datang ke istana untuk mengambil alih pentadbiran Istana Negara kerana mendakwa mereka adalah pewaris agong yang sah. Tangkapan dibuat oleh OCS Travers terhadap kesemua ahli kumpulan ini termasuk kenderaan telah dibawa ke Balai Travers.

Pemeriksaan awal kesemua kenderaan tiada dijumpai sebarang barang atau senjata salah hanya bendera dan beberapa helaian surat watikah baiah kumpulan ini. Setiap kenderaan dipasang bendera 1′x3′ bertulisan jawi Lailahaillaahmuhadarsullullah dan rampasan sebanyak 13 buah bendera kesemua.
Semakan awal penama ahli kumpulan ini (7org 3 org tiada K/P) mendapati kesemua mereka berlainan alamat negeri seperti Melaka Perak Kedah dan Johor. Siasatan lanjut latar belakang kumpulan ini sedang dibuat.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 121B Kanun Keseksaan atas kesalahan terhadap kuasa Yang Dipertuan Agong, Raja atau Yang Dipertuan Negeri dan boleh dihukum penjara seumur hidup atau dikenakan denda.

Sementara itu, tinjauan mendapati seorang daripada ahli kumpulan tersebut telah mendakwa sebagai Raja Nusantara Kumpulan Empayar Langkasuka dan membuat pengakuan tersebut di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Lelaki itu turut mendakwa sebagai Pemuda Bani Tamim yang menjadi penyedia tapak kepada kemunculan Imam Mahdi.

Lagi Berita Di SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular