Wednesday, May 15, 2013

PANAS!! PERKASA Naik Berang Bila Melayu Bercakap Benar!!!


Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang
Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.
Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?
"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'. SUMBER

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular