Wednesday, May 15, 2013

Najib bertambah seksa selepas menang


KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133.

"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal.

"Sebaliknya PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air.

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%.

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya.

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.

Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation), sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.

"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

"Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan....sampai bila mahu begini?" katanya tegas. - Harakah

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular