Monday, April 8, 2013

Isu Kalimah Allah : Nahhh!!! korang amik ni gi tempek kat dahi pecacai umno hehehe

ULAMA UMNO KATA HARAM UNDI PAS SEBAB PAS MEMBENARKAN KALIMAH ALLAH..? TAPI SIAPA SEBENARNYA YANG BENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH,PAS ADA KUASA KE...?

Umno hipokrit isu kalimah Allah
Oleh Zulkifli Yahaya

SIKAP PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia sangatlah jelas; PAS berpendirian bahawa Bible bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

“Menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam,” ujar Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagaimanapun, orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama dalam kelompok mereka, sekalipun ‘Allah’ mengikut kepercayaan mereka tidak sama dengan Allah dalam keyakinan umat Islam.

Orang Islam tidak boleh menyerbu gereja, memarahi atau mengambil apa-apa tindakan terhadap penganut Kristian kerana mereka menggunakan kalimah Allah di situ. Itu berdasarkan hukum bukan pertimbangan politik kepartian. Samalah seperti kita tidak boleh memusnahkan berhala sembahan bukan Muslim atau menghina sembahan mereka.

Terdapat nas yang jelas dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan mereka yang mereka sembah selain Allah (yang sebenar), kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.” (Surah Al-An’am: 108)

Malangnya Umno yang menjadikan isu rasis sebagai talian hayat mereka mengeksploit semahu- mahunya isu penggunaan kalimah Allah oleh Kristian untuk mencari keuntungan politik, walaupun tidak faham hujung pangkal apa sebenarnya yang mereka perjuangkan. Bahkan seringkali ia menyerlahkan sikap hipokrasi mereka sendiri.

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan kepada kerajaan supaya membenarkan pengganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam cetakan Bible mereka maka Umno serta seluruh juak-juak pengampunya menyerang habis-habisan Guan Eng. Mereka mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai agenda jahat untuk mengkristiankan orang-orang Melayu Islam.

Dakwaan itu agak kelakar kerana Guan Eng adalah penganut Buddha bukan Kristian. Cadangannya boleh difahami sebagai tuntutan kebebasan mengamalkan agama oleh seorang ‘non Muslim’ yang tak tahu apa-apa mengenai akidah Islam dan ia boleh dibetulkan oleh orang Islam. Ia tidak perlu dihadapi dengan emosi yang melampau.

Serangan berlebih-lebihan oleh sekutu Umno terhadap Guan Eng bukan sangat kerana isu mempertahan kesucian kalimah Allah tetapi kerana beliau adalah pemimpin DAP yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. Maka rakyat diajak menyatakan kebencian kepada DAP dan Pakatan. Jika golongan itu istiqamah dengan sikap mereka dalam isu kalimah Allah mengapa Umno, Perkasa, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Hasan Ali, Zamil Ibrahim serta seluruh juak mereka membisu seribu bahasa apabila mesyuarat Kabinet BN Pusat membenarkan pengimportan kitab Bible dari Indonesia yang mengandungi kalimah Allah? Hal ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala pada 2 April 2011. Guan Eng baru mencadang dikecam hebat tetapi Kabinet BN yang di dalamnya terdapat Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim yang meluluskannya tidak dipeduli oleh puak yang kononnya mempertahankan akidah.

Pada Januari 2010 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa kalimah ‘Allah’ boleh digunakan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya), Sabah dan Sarawak kerana ketua negeri bukan seorang sultan. Menurut Nazri, hanya di negeri-negeri di mana terdapatnya enakmen hal ehwal Islam adalah dilarang daripada mengguna kalimah ‘Allah’. Beliau bercakap dari aspek perundangan negara yang aktanya digubal oleh Umno- BN.

Tidak ada pula masa itu Pengerusi Jaringan Islam Malaysia, Hafiz Nordin dan rakan-rakannya menubuhkan satu skuad khas untuk memantau Nazri Aziz atau Idris Jala seperti mereka memantau Guan Eng kini. Ke mana pula agaknya pada masa itu Harussani, Abdullah Samaah, Ismail Mina, Md Noor Deris, Kazim Elias dan Fathul Bari? Mengapa buat-buat pekak badak apabila Umno yang membenarkannya?

Di Kedah sendiri, semua sekolah- sekolah jenis kebangsaan yang majoriti pelajarnya adalah bukan Islam, setiap kali perhimpunan sekolah akan menyanyikan lagu “Allah Selamat Sultan Mahkota”. Saya bertanya seorang rakan Cina ‘non-Muslim’ apa yang mereka faham mengenai Tuhan menurut kepercayaan mereka.

Beliau berkata, mereka juga percaya ‘Alla’ (tidak fasih untuk menyebut Allah) sebagai Tuhan tetapi mengiktiraf perantaraan Tok Pekong. Ertinya konsep kepercayaan mereka terhadap Allah adalah terpesong menurut keyakinan Islam. Jadi apakah apabila mereka menyebut kalimah Allah dalam lagu negeri Kedah itu maka mereka sedang menghina ajaran Islam? Mengapa Umno tidak bantah?

Sebenarnya usaha untuk mempertahankan kemurnian akidah melalui peraturan yang dipaksakan terhadap ‘non-Muslim’ bukanlah cara terbaik dan berkesan, lebih-lebih lagi zaman langit terbuka.

Sewaktu di Mesir, saya difahamkan Bible yang menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Arab pula, adalah lumrah di sana. Saya terfikir akan Mesir yang merupakan gedung ilmuan Islam, para ulama besar terhimpun di sana tetapi tidak sibuk pula mendesak kerajaan Mesir mengharamkan penganut Kristian dari menggunakan kalimah Allah.

Apakah para ulama Mesir tidak cukup Islamnya berbanding ulama Umno? Sebenarnya ulama Mesir mempertahankan kemurnian akidah dengan memberi kefahaman yang jelas mengenai Islam kepada rakyat tetapi kerajaan BN Malaysia mempertahankan kemurnian akidah dengan K-Pop, Akademi Fantasia, Idola Kecil, Mari Berdansa, Maharaja Lawak serta 1001 program hedonisme untuk menghancurkan akhlak rakyat Malaysia.

Kepada para pejuang akidah yang mahu mempertahankan kemurnian akidah dalam isu kalimah Allah ini, berjuanglah dengan ikhlas kerana Allah. Bertindaklah mengikut panduan hukum yang betul menurut Islam, bukannya bertampung-tampung, ‘orang lain buat haram, geng aku buat halal’. - SUMBER

Siapa yang luluskan Bible bahasa melayu....? UMNO kata PAS..... bila masa Najib masuk PAS?

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular