Monday, April 15, 2013

Kenyataan Media : Kes penyokong Umno tetak petugas PAS.

Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu mengingatkan seluruh pemuda supaya bewaspada daripada sikap ganas dan agresif pihak lawan kerana tragedi keganasan terhadap petugas pas di kemaman membuktikan sikap dan perangai pihak lawan yg sanggup melakukan apa sahaja.
Gambar golongan yang gila kuasa yang tidak sanggup untuk melihat kekalahan dalam pilihanraya dengan cara demokratik dan adil.

2- Kami mendesak agar pihak kesalamatan supaya bertindak tegas dan cepat dalam mengawal keselamatan. Siasatan mesti dibuat dan hukuman yang sewajar terhadap golongan yang mencetuskan keganasan ini.

3- Pemuda Pas dididik dengan kesedaran dan kesabaran serta disiplin diri supaya tidak mengganggu pihak lawan dan mencetuskan keganasan.

4- Kami mengharapkan seluruh rakyat melihat kegagalan pimpinan umno utk mengawal dan mendidik ahli mereka supaya bersopan dan jangan bersikap jahat. Kalau timur rakyat telah berani buat perubahan kepimpinan negara dengan keganasan pengikut dan tali barut pimpinan negara, maka rakyat Terengganu mesti buat perubahan pilihanrya dengan cara demokrasi untuk menolak pimpinan negeri yang membiarkan pengikut mereka melakukan kekejaman dan keganasan. Bencilah keganasan dengan tolak Barisan Nasional!

Ustaz Mohd Nor Hamzah

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular