Saturday, April 20, 2013

BN taja calon Bebas untuk pecah undi Pakatan - Fuziah

KUALA LUMPUR 20 APRIL: Kehadiran calon-calon Bebas pada pilihan raya kali ini yang kebanyakannya ditaja BN bertujuan memecahkan undi Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

"Calon Bebas ada yang ditaja, dengan tujuan untuk memecah undi Pakatan," katanya kepada Keadilan Daily.

Calon Parlimen Kuantan itu mengulas isu calon Bebas yang bertanding menyebabkan pelbagai penjuru di banyak kawasan.

Fuziah berkata, percaturan BN meletakkan calon Bebas tersasar apabila strategi itu juga boleh menyumbang kelebihan kepada Pakatan.

"BN mungkin menyangka sokongan kepada Pakatan Rakyat akan berkurangan bila ada ramai calon Bebas. Pakatan tidak khuatir dengan perkara itu kerana kita yakin rakyat sudah buat keputusan.

"Keputusan rakyat muktamad sama ada memilih Pakatan ataupun BN. Golongan atas pagar juga tidak ramai dan di awal-awal musim pilihan raya ini, dilihat golongan atas pagar semakin cenderung, menjelang pengundian mereka pasti sudah buat keputusan," kata Fuziah.

Antara pertembungan pelbagai penjuru yang menarik termasuk di Permatang Pauh antara Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mazlan Ismail (Umno) dan Abdullah Zawawi Samsudin (Bebas).

Begitu juga di Padang Serai yang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara N Surendran (KEADILAN), Heng Seai Kie (BN), Hamidi Abu Hassan (Berjasa), Othman Wawi (Bebas) dan N Gobalakrishnan (Bebas).

Lembah Pantai turut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nurul Izzah Anwar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dan Rosli Baba (Bebas).

Fuziah bakal berdepan saingan satu lawan satu dengan calon BN, Datuk Suffian Awang.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular