Monday, April 22, 2013

Isu Perang Kerusi PKR VS PAS selesai.


Masalah diselesaikan. Ikut punca masing2. Dan memang inila yang dah lama patut dibuat.
Baca bawah neh sat. Aku harap lepas neh jangan usik2 peribadi yang tak jadi calon tue. Well mereka dah dikeluarkan dari senarai calon. Tiada keperluan menyerang mereka dan menyerang TGHH oke.
Tq

KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara.

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini.

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS.

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN.

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan hari ini.

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/isu-perang-kerusi-pkr-vs-pas-selesai.html#ixzz2REHuy0t2

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular