Wednesday, July 18, 2012

SYABAS Kantoi, Zionis Israel pon tak dajalkan rakyatkan sendiri


Syabas Putar Belit Isu Air

Hahahaha.. seperti dijangka la bhai... Syabas akan putar belit isu air nih... isu "kononnya" kekurangan air yang mendadak di Selangor... hahaha... mola-mola Syabas dok cerita tentang paras air... yang menyebabkan Syabar ingin mencatu air...

Bila EXCO Selangor dan banyak pihak lain buat tinjauan segera dan sertamerta... kira macam buat spot check... tetiba jer terkantoi bahawa takungan air bagi negeri Selangor aderlah lebih dari mencukupi... hahaha... paras air aderlah tertinggi... hahaha

Tetiba.. petang nih kuar satu news baru... Syabas bagitau.. aper yang dier maksudkan selama nih aderlah kuantiti air terawat yang tidak mencukupi.. hahaha... Abis tue... kalu kuantitiu air terawat tidak mencukupi... aper yang Syabas buat selama nih...

Loji air Langat yang dok Syabas serta UMNO/BN canangkan hari -hari tue sebenarnya aderlah untuk air terawat ker atau untuk menstokkan air mentah? hahahaha.... Kalu pasai air mentah.. rasanyer empangan semua dah cukup... tambah lagi ader hujan... hahaha

Kalu sebab air terawat tak cukup.. maknanyer... Syabas tak buat kerja la... hahaha... Syabas buat kerja main-main... Syabas buat kerja sabotaj... hahahaha .... Syabas tak pandai buat kerja... Syabas tak pandai merawat air....

Dan pastinya Syabas tak layak untuk terus mengendalikan konsesi air di Lembah Kelang (Selangor dan Kuala Lumpur)... Syabas memang tak layak.... hahaha... Rozali tue main telor jer pandai... hahahaha...

So.. sewajarnyalah Kerajaan Selangor terpaksa menggunapakai Klausa 32 dalam perjanjian konsesi air yang ader dalam undang-undang... yang ader dalam perjanjian tue.. hahahaha... Memang masak la Syabas kali nih... hahahaha - cipantapirtenuk

Takkan nak menang di Selangor sabotaj air, Zionis Israel pon tak dajalkan rakyatkan sendiri

Selepas isu sampah di Selangor reda kini puak gerombolan yang kalah di Selangor jadikan isu air sebagai senjata mereka dengan mainkan isu kononnya air bersih di Selangor dah berkurangan.SYABAS kata air kena catu sebab empangan air di Selangor dah surut tapi pihak kerajaan negeri bertegas kata semua empangan dan loji air di Selangor penuh dan melimpah.Puak Umno Selangor memihak kepada SYABAS tanpa melakukan penyelidikan samada apa yang diberitahu pihak SYABAS tu benar atau tidak.Sekadar jadi PAK TURUT kepada SYABAS yang memihak kepada UMNO.

Umno dan SYABAS berdendam kepada kerajaan yang dipilih rakyat demi dendam kesumat kerana kalah dalam pru 12 yang lalu.Mereka lupa kata yang bentuk kerajaan di Selangor adalah kehendak rakyat Selangor sendiri yang dah muak dengan Umno-BN yang bongkak dan sombong semasa berkuasa dulu.

Ingatla sikit woiii Zionis Israel tu jadi negara pembunuh umat Palaestine tapi Zionis celaka tu tak bunuh dan telan rakyat dia sendiri.Takkan gerombolan yang gila kuasa di Selangor sanggup dajalkan rakyat sendiri demi nak rebut kuasa kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi?Cari la modal lain kalau gila kuasa sangat pon!Gerombolan ni mau dajalkan rakyat Selangor ketika bulan Ramdhan menjelang tiba supaya rakyat jadi marah kepada kerajaan negeri dengan kenakan catuan air.

Selepas PR berkuasa di Selangor pihak kerajaan negeri yang dipilih rakyat telah bagi air percuma sebanyak 20meterpadu setiap bulan.Puak gerombolan kutuk dan perli akan sumbangan kerajaan negeri.Kini tah macam mana Timbalan Pengerusi Umno Selangor pulak kata kalau BN menang di Selangor juga nak bagi air percuma.Dalam masa yang sama dok main isu kata air dalam empangan di Selangor tak cukup dan kena catu.Pembohong dan kaki temberang memang tak layak diberi kuasa di Selangor. - Misai Merah

Exco: Semua 7 empangan S'gor penuh air
Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.-M'kini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular