Tuesday, July 17, 2012

Anwar Difitnah Liwat Lagi..


Blog papagomo melaporkan seorang mahasiswa telah membuat laporan polis kononnya diliwat oleh DSAI baru-baru ini. Apakah ini taktik terbaru Umno untuk menghadapi PRU-13 dengan mengalih tumpuan terhadap susuk yang pernah DUA kali didapati tidak bersalah dalam konspirasi Liwat 1 dan 2.



Perencanaan telah disusun dengan baik demi detik terpenting menghadapi pilihanraya hidup mati Umno Bn. Lebih dilihat Bn akan terlingkup maka sesuatu perlu dirangka sebelum terlambat, menjadikan PRU-13 yang dicanang sejak pertengahan tahun lepas dianjak-anjak beberapa kali.

Anwar Ibrahim tidak boleh dibiarkan bergerak bebas, mahkamah adalah tempat yang boleh meminimakan pergerakan Anwar Ibrahim. Program Jelajah Merdeka Rakyat yang menyelusur ke seluruh negara mendapat sambutan yang sangat luar biasa biarpun ia berlangsung di Sembrong, tetap dihadiri hampir sepuluh ribu rakyat - ini cukup menggusarkan Umno Bn. Ia suatu perkembangan yang sangat menekan.
Maka apakah dengan kegusaran melampau ini, hadirlah slot terbaru konspirasi Liwat 3?

Rakyat sememangnya sudah muak dengan hidangan berita-berita yang berunsur kelucahan melampau akan sekali lagi berdepan detik mual sekiranya satu lagi konspirasi tercipta. Akhbar utusan akan sekali lagi menyaingi majalah Playboy. Pasti puluhan juta wang rakyat telah digunakan demi menggarap konspirasi 'state-of-the-art', setelah konspirasi Liwat 2 gagal menyumbat Anwar Ibrahim ke jerijil besi.

Segala 'kesilapan teknikal' yang melibatkan ekzos Saiful contohnya '2 hari simpan bukti dalam dubur' akan diimprovisi dengan lebih terperinci mengurangkan kadar cacat-cela yang bakal menyebabkan mahkamah sekali lagi menyebelahi Anwar Ibrahim.

Peguam yang sebelum ini menjadi ketua pendakwaan kes Liwat 2 pasti kali ini menjadi individu penting untuk berada dalam kem pasukan guaman Anwar Ibrahim. Semua selok-belok penipuan berada di tangan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abidin.

Mungkinkah seorang lagi mahasiswa yang hampir gagal dalam pelajarannya datang menuntut biasiswa dari Perdana Menteri sendiri? Atau mengadu pada Rosmah Mansur bahawa dirinya bakal diliwat dua hari akan datang?

Sama-sama kita nantikan apakah lawak pecah panggung yang bakal disajikan kepada rakyat Malaysia semua, atau kali ini 'mereka' datang bersama 'blue-print' yang mantap sempurna tanpa kesilapan seperti dua konspirasi terawal?

Sesungguhnya, 'mereka' merancang, Allah juga punya perancangan... nescaya perancangan Allah adalah sebaik perancangan!

Edy Noor Reduan (EDYES)
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia - FB

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular