Monday, July 16, 2012

Artis sertai parti BN hanya untuk cari makan – Hairie Othman

Hairie Othman dilaporkan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui Harakah Daily bersama-sama dua lagi selebriti, iaitu Leman Raja Lawak dan juga Zulkifly Ismail.

Mereka sama-sama bakal menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj. Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak pada 6 Julai ini.

“Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri,” ucap beliau di’hadapan ratusan hadirin di siri ceramah PAS Batu Gajah.

Hairie Othman turut di’laporkan mendakwa yang sebilangan selebriti dan artis yang menyertai Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar mencari ‘makan’ dan demi kepentingan karier di’masa hadapan.


Seorang lagi selebriti telah ditemui di Himpunan Hijau Kuala Selangor hari ini. Beliau berada di celahan ribuan manusia yang membanjiri Stadium Kuala Selangor semalam.

Beliau ialah Yatt Hamzah yang satu ketika pernah kisahnya disiarkan di blog ini dimana kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat.

Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

Tahniah kepada Yatt Hamzah yang telah berhijrah dan ahlan wa sahlan ke dalam saf perjuangan Parti Islam SeMalaysia.
Yatt hamzah di pentas PAS bersama pimpinan Muslimat PAS Selangor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular