Tuesday, March 27, 2012

Aduhai Hassan Ali .... " PENEMBAK SENAPANG ANGIN"

Halimah Ali: “Saya Merempat, Tumpang Pejabat Orang” Jawab soalan Si PENEMBAK SENAPANG ANGIN

Tuduhan Adun Gombak Setia, Dato Dr Hassan Ali yang mendakwa Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali telah melakukan pengubahsuaian ke atas pejabatnya disangkal hari ini.

Menurut Dr Halimah, pejabat yang diduduki pada masa ini merupakan pejabat yang ditumpanginya semenjak beliau dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri.

“Pejabat sendiri pun tak ada. Saya cuma merempat, tumpang pejabat orang sahaja di sebelah Pejabat Kewangan,” kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Halimah turut mempelawa wartawan melawat pejabatnya sebagai membuktikan bahawa dakwaan Hassan Ali adalah satu tuduhan liar semata-mata.

“Ini mesti tak pernah datang pejabat saya, esok boleh datang supaya boleh tengok sediri pejabat saya.

“Memang tiada ubahsuai apa pun di pejabat itu. Saya jemput semua datang ke pejabat saya dan jangan lupa bawa kamera sekali,” katanya lagi.

Sementara itu Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr Xavier Jayakumar turut menyangkal tuduhan Hassan yang mendakwa beliau menggunakan peruntukan yang tinggi untuk melakukan pengubahsuaian pejabat.

“Saya memang ada buat ubahsuai pejabat, tetapi cuma tukar karpet dan tambah ‘partion’, itu sahaja.

“Anda fikir dengan pengubahsuaian yang saya sebut tadi tu boleh cecah RM300,000 tak?

“Tentulah kos ubah suai yang saya sebut tadi jauh lebih rendah dari RM300,000.

“Esok saya akan berikan detail kos pengubahsuaian pejabat saya, cuma sekarang saya boleh jamin kos ubah suai pejabat saya cuma memakan kos yang rendah sahaja,” ujar beliau.

Adun Bulit Antarabangsa, Azmin Ali minggu lalu mendedahkan bekas pesuruhjaya PAS itu ketika menjadi Exco telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk mengubahsuai pejabatnya ketika mula menjadi exco.

Azmin dakwa Hasan Ali salah guna lebih RM800, 000
from WarkahDaily Online 

Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali didakwa menyalahguna wang kerajaan negeri mencecah lebih RM800, 000 untuk kegunaan program dan pengubahsuaian pejabat ketika menjadi exco kerajaan negeri Selangor.

Perkara itu didedahkan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor dalam sidang dewan undangan negeri hari ini (23 Mac).

Azmin mendakwa Hasan yang juga exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ketika itu berbelanja lebih RM500 , 000 untuk pelbagai program di bawah Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT).
Beliau juga mendakwa Hasan menggunakan RM300, 000 untuk mengubahsuai pejabat exco.

“Saya mendapat maklumat awal kerana jabatan audit telah menjalankan siasatan menyeluruh. Ia fakta dan bukan tuduhan. Tindakan beliau (Hasan) tidak boleh dimaafkan.

“Pembaziran ini jika dikaitkan dengan perjuangan dibawa Hasan (Islam, Raja, Melayu). Islam mana yang dibawa jika guna wang rakyat dengan tidak berhemah?” katanya kepada pemberita di luar lobi bangunan Annex, bangunan SUK Selangor

`Exco tidak bertanggungjawab’

Azmin turut menuduh Hasan sebagai exco yang tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan dasar kerajaan negeri untuk mengamalkan tender terbuka.

Dakwa Azmin tindakan sedemikian adalah percubaan sabotaj yang dilakukan Hasan terhadap kerajaan negeri.

“Beliau sebagi exco membelakangkan dasar kerajaan negeri dengan menghantar terus senarai kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melantik kontraktor menyelenggara jalan di Selangor.

“Perkara ini tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri mempertahankan sistem tender terbuka dan telus. Sedangkan ada exco kanan sabotaj dasar ini. Maka tindakan tegas perlu di ambil seperti mana kenyataan saya sebelum beliau dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN yakin merampas Selangor, Azmin berkata ia amalan biasa yang dilakukan seperti yang terjadi di Perak.

http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/03/aduhai-hassan-ali-penembak-senapang.html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular