Thursday, December 22, 2011

Panas !!! Shahrizat memang dah kena selak. Penat Wanita Umno terjerit-jerit pertahankan Shahrizat (Video DiDalam)

Dalam diam.. Kain Shahrizat diselak lagi oleh KeAdilan, dan apa yang kelihatan pula ialah Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura.

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.
KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority di SINI).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 di SINI ).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama).

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.

MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN
Kondo mewah didaftarkan terus dengan nama keluarga Shahrizat
from MiLo SuaM 

SATU lagi kondo mewah dipercayai dibeli menggunakan wang rakyat RM10 juta oleh NFC (sebut National Family Corruption) didedahkan semalam, rujuk sini [Singapore].

Sebelum ini keluarga Shahrizat didedahkan membeli kondo mewah One Menerung di Bangsar berharga RM9.8 juta menggunakan dana NFC.

Kali ini, keluarga Shahrizat dikesan membeli sebuah lagi kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 pada 27 Januari 2010.

Di bawah ini disertakan dokumen carian rasmi sebagai bukti pemilikan kondominium mewah tersebut.
Ia dibeli pada harga S$4,107,600 (RM9.8 Juta) dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah tengah-tengah kota Singapura.

Lebih menjijikkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama keluarga mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Dokumen penuh sila download [Land Authority]

Lihat dengan mata kepala anda sendiri. Duit rakyat diperlakukan seperti duit mak bapak dia. Rakyat bersusah payah bertungkus lumus mencari sesuap nasi, menteri yang diberi amanah mengaut kekayaan untuk keluarga.

Wanita Umno, turut sama diperbodohkan supaya membela Ketua Wanita mereka yang sudah kekenyangan membolot kekayaan. Pemimpin tersenyum lebar bila pengikut mereka berjaya diperbodohkan.

ReJaM© "Penat Wanita Umno terjerit-jerit pertahankan Shahrizat tapi apa pun tak dapat..."



"Kata Bang Mat " Kalau dia selak kain...lembu pun lari....cuba hangpa bayang menteri tu selak kain...eeeeeeee...."

Selamat menonton....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular