Saturday, December 31, 2011

MCA makin pudar..

NONETee Keat sertai AMANAH
30, 2011 Melihat iklim politik yang didakwa semakin mengabaikan golongan terpinggir, bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat menyertai Angkata Amanah Meredeka (AMANAH), satu pertubuhan yang diasaskan tokoh Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Ong mengakui bahawa pengaruh politiknya semakin pudar selepas ditewaskan dalam perebutan kerusi presiden MCA pada Mac 2010 dan AMANAH menyediakan ruang untuk beliau menyatakan pandangan.

Katanya, pemimpin MCA menyatakan bahawa beliau boleh menyatakan pendapat dalam parti, namun beliau kini bukan lagi dalam aliran utama parti.

Maka, sejauh mana pendapatnya dapat memberi kesan dalam parti merupakan satu perkara lain, katanya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lalu.

Tambahnya, AMANAH tidak mempunyai peraturan ketat seperti parti politik terkemuka yang lain.

NGO yang baru saja dilancarkan pada Julai itu mensasarkan untuk menghidupkan semula semangat kebersamaan dan kekeluargaan seperti ketika zaman pra-kemerdekaan.

Selain Ong, jawatankuasa pusat AMANAH turut dianggotai bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, bekas timbalan presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam dan timbalan presiden Upko Wilfred M Bumburing. Mk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular