Thursday, December 29, 2011

(Dokumen Bukti) Bukan kata peruntukan utk lembu, wang zakat pun depa sesah

Mana suara mufti zakat biayai guaman menteri ..
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan memberikan pandangan terhadap isu penggunaan duit zakat untuk tujuan membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pandangan segera para ulama dan Mufti penting bagi mengelakkan timbulnya pelbagai persepsi negatif dari umat Islam di negara ini terhadap institusi zakat dan pemimpin yang berkuasa menjaga institusi tersebut.

Katanya, isu sama ada duit tersebut telah dikembalikan tidak timbul kerana persoalan pokok yang perlu dijawab adalah bolehkah duit zakat digunakan untuk kepentingan peribadi pemimpin.

"Sebagai pemimpin yang berkuasa dalam urusan hal ehwal umat Islam di negara ini, sepatutnya beliau memegang amanah ini sebaiknya.

"Wang zakat perlu diuruskan dengan betul dan disalurkan ke tempat yang sewajarnya. Wang zakat tidak boleh sewenang-wenangnya dikeluarkan selain dari urusan yang selayaknya," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tindakan Datuk Seri Jamil Khir mengeluarkan wang zakat bagi membiayai kos guaman beliau dan orang bawahannya amat dikesali seluruh umat Islam yang membayar zakat di negara ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.

Tindakan tersebut ujarnya, boleh menimbulkan prejudis dikalangan umat Islam dengan persoalan adakah wang zakat disalurkan ke tempat yang sepatutnya ataupun ianya digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu.

"DPPWP mengharapkan agar para ulama dan Mufti di negara ini bersuara dengan menyatakan pandangan mereka.

"Sekiranya tindakan ini salah dan melanggari syariat Islam, teguran secara terbuka perlu dibuat terhadap Datuk Seri Jamil Khir dengan ingatan dan amaran keras," ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, kemungkaran yang dilakukan perlu dicegah terutama melibatkan pemimpin besar negara kerana mereka perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

Selain itu, Datuk Seri Jamil Khir juga jelasnya perlu memohon maaf atas tindakan beliau dan menyerahkan kepada pihak polis atau yang berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan lanjut.

"Beliau perlu bersedia menghadapi sebarang tindakan dan hukuman jika terbukti jelas telah melakukan kesalahan," tegasnya. -Harakahdaily

Dari FB Zunar Kartunis Fan Club
Mungkin kerana kemiskininan membolehkan menteri jaga agama Datuk Jamil Khir Baharom keluarkan wang zakat MAIWP RM63,650 untuk biaya kos guaman peribadinya. Tengoklah betapa daifnya rumah beliau di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh ni....
Seorang pemungut zakat Redzuan Mohd Said dipenjara 4 tahun kerana curi wang zakat RM18,00 di Johor. Manakala menteri Datuk Jamil Khir Baharom lesapkan wang zakat RM63,650, tenang2 saja

BENAR, Wang Zakat Diguna Bayar Kos Guaman Menteri - Audit Negara

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.

Menurut laporan tersebut, Che Mat telah meluluskan bayaran interim berjumlah RM31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 Januari 2010, daripada peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut.

Menurutnya lagi, pada 29 April 2010, MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM32,150 juga menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu.

Laporan itu menyebut, MAIWP melantik firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir mewakili mereka atas pegangan jawatan mereka dalam MAIWP.

Laporan Audit Negara menjawab soalan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid, oleh tiga ahli parlimen - Saifuddin Nasution Ismail (Machang), Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai).

Jawapan Azmi yang melampirkan laporan Audit Negara itu bertarikh 14 Disember, dan disiarkan dalam blog Nurul Izzah.

Laporan itu menyebut bahawa peruntukan wang zakat yang didahulukan itu, telah dibayar balik sebelum penutupan akuan MAIWP tahun 2010 dan telah disahkan oleh pihak audit. mk

Laporan sebelum ini

Jamil Khir, Pengarah Jawi guna RM32 ribu wang zakat biaya kos guaman

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mempersoal salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkannya sebagai pengkhianatan kepada amanah rakyat, Saifuddin berkata, Che Mat Ali yang juga merangkap Setiusaha Jawi telah memohon dan meluluskan sendiri penggunaan wang zakat berkenaan.

“Datuk Che Mat Ali meluluskan kepada Datuk Che Mat Ali. Itu dari segi tata kelolanya, jelas (salah) ,” kata Saifuddin ketika sidang media di parlimen hari ini.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Ketua Audit Negara menyiasat salahguna wang itu kerana individu yang sama memohon dan meluluskan peruntukan wang itu.

“Dari segi undang-undang yang memohon dan meluluskan orang yang sama, jadi kita minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara untuk menyiasat,” kata Saifuddin. -KD

Ulasan GB

Begitu mudahnya wang zakat dipergunakan untuk tujuan yang tidak betul dan tidak diagihkan kepada golongan asnaf.

Sekali pun wang itu telah dibayar semula, namun perbuatan menggunakan wang zakat untuk tujuan "kos guaman" itu tetap menyalahi syarak.

Tetapi bagi UMNO, halal dan haram tolak tepi... sepertimana kes duit lembu RM250 juta - bedal semacam jer.

 bukan kata peruntukan utk lembu, wang zakat pun depa sesah..betul kata sharizat mana ada pemimpin umno yg tak ada 'masalah'

Dokumen penuh tentang isu penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir.
Keterangan dalam dokumen di atas neh menyatakan bahawa ;

1. Surat neh ditulis oleh PAC dan jabatan audit.

2. Surat neh menyatakan bahawa Jamil Khir pernah guna wang zakat bayar kos guaman.

3. Surat neh juga menyatakan bahawa selepas pembayaran kos guaman menggunakan wang zakat dibuat, selepas beberapa tempoh, wang tersebut telah digantikan semula melalui geran kerajaan pada tahun 2010.

4. Geran kerajaan lewat diterima. Ia hanya diterima pada pertengahan tahun. Hairan. Selama neh macam mana depa survive dengan gaji dan sebagainya? Baki geran kerajaan yang terdahulu kah?

5. Jamil khir lantik peguam swasta. Tak guna kerajaan punya. Kenapa ek? Dia kan orang kerajaan tapi tak percaya pada product kerajaan sendiri kah? Bukan kah neh lebih menjimatkan ?

6. Lagi satu walaupun jamil khir telah diberikan peruntukkan untuk bayar peguam itu neh.. tapi wajar kah ia? Wajar kah wang rakyat digunakan untuk bayar kos guaman neh? Apa kena mengena rakyat pula dengan isu neh. Menang kalah satu sen pun kita tak dapat apa2 tapi wang kita digunakan untuk biaya kos guaman dia. Dia duduk rumah besar2, renovate bagai takan rm63 ribu takde dalam tangan? Apahal plak orang2 kaya macam dia diberikan elaun bagai untuk bayar itu neh sedangkan kita dipaksanya berjimat cermat?

Errkk jap.. nanti dulu.. umat islam jangan suka meminta dan malas <-- ayat jamil khir berkaitan isu zakat kepada orang2 islam yang miskin di N9 suatu ketika itu. Sekarang neh sapa yang suka meminta wang orang untuk bayar kos guaman dan sapa yang malas cari duit untuk bayar kos guaman walaupun dia sendiri terbukti kaya raya? Dengar citer dia dapat beratus2 ribu wang anugerah dari MINDEF hasil perkhidmatan nya di sana dulu. So mana pergi? Bayarlah guna wang tersebut. Apahal libatkan rakyat dengan masalah dia? Sepatutnya dia guna peguam kerajaan. Itulah yang betul supaya wang rakyat tidak terbazir. Pasal dia sesaja je rm63 ribu burn. Lagipun aku suspect dorang neh saja cover kes. Setakat tulis surat apa barang. Elok bagi dokumen bukti bahawa geran kerajaan benar2 tiba lewat. Bukan apa, jangan2 sebab dah kantoi so buat2 alasan geran kerajaan lewat tiba dan buat2 lah bayar balik pada zakat bagi mengaburi PAC dan AUDIT. Apa pun boleh berlaku. Siyes neh.  

Ameno : Menteri songlap. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/dokumen-penuh-tentang-isu-penggunaan.html#ixzz1hwgMD8ck

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular