Thursday, April 14, 2011

Siasat ikut SOP, bukan IKUT SUKA pegawai SPRM sahaja


[MStar] PUTRAJAYA: Persatuan Pegawai Kanan Kastam Seluruh Malaysia dan Persatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)berhubung siasatan kes rasuah membabitkan jabatan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan wakil kedua-dua persatuan pada satu sidang akhbar sejurus selepas pertemuan selama hampir tiga jam dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan turut dihadiri Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Abu Kassim berkata, dalam pertemuan itu wakil persatuan turut diberi penjelasan mengenai operasi 3B yang dijalankan SPRM serta penjelasan mengenai salah faham ekoran laporan media mengenai kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan RM108 bilion.

Laporan itu didakwa menyebabkan moral dan kredibiliti pegawai kastam terjejas.

"Pertemuan pada hari ini dijalankan secara hormoni dan kesemua pegawai kesatuan juga menyatakan sokongan terhadap usaha SPRM dalam mengambil tindakan untuk menyelamatkan wang rakyat yang hilang," katanya.

Beliau berkata, operasi 3b sebenarnya bermaksud 'tiga bilion' dan nama operasi itu berasaskan kepada tujuan operasi untuk memastikan kutipan kerajaan melalui aktiviti pengimportan dapat memberikan hasil sejumlah tiga bilion.

Dalam pertemuan itu, Abu Kassim berkata SPRM dan pihak persatuan juga bersetuju untuk mengadakan beberapa aktiviti seperti perbincangan meja bulat mengenai bagaimana cara meningkatkan hasil kutipan cukai dan integriti.

Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut membincangkan mengenai kematian Ahmad Sarbani, Abu Kassim berkata SPRM dan pihak persatuan bersetuju untuk menyerahkan perkara itu kepada polis dan bahagian profesional SPRM untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata penjelasan yang diberikan oleh SPRM itu sekaligus dapat membersihkan nama kastam.

"Saya berterima kasih kepada SPRM kerana telah berlaku jujur dan adil, kami harap satu hari nanti SPRM bukan sahaja ditakuti tetapi menjadi rakan baik kastam.

"Kami juga berpuashati mengenai janji SPRM yang siasatan akan dilakukan sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) dan itu yang kami harapkan...bukan ikut suka pegawai SPRM sahaja," katanya.

Timbalan Presiden Persatuan Pegawai Kanan Kastam Seluruh Malaysia Iskandar Jaafar pula berkata, persatuan menyokong penuh dan bersetuju dengan tindakan SPRM.

"Kami harap dapat bersama menangani isu itu dan kami berpuashati dengan jaminan SPRM bahawa yang bersalah sahaja akan dikenakan hukuman dan mereka yang tidak bersalah akan terus dilindungi," katanya.-BERNAMA
Senaraikan aset dimiliki Allahyarham dan keluarganya iaitu: 

 Tiga kereta iaitu Perodua Kancil yang dibeli pada 2001, Honda CRV terpakai (2004), Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lalu dan sebuah motosikal Modenas Kriss yang dibeli pada 1998. 

– Tiga rumah iaitu dua apartmen masing-masing di Bukit Tinggi, Klang yang dibeli pada 17 April 2003 dengan harga RM65,872 dan di Puncak Alam, Mukim Ijok, Kuala Selangor yang dibeli pada 1998 bernilai RM68,988 serta rumah berkembar kluster di Saujana Impian, Sungai Buluh yang dibeli pada 2005 dengan harga RM230,000 menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. 

– Wang simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM35,000 iaitu wang dikeluarkan isteri Ahmad Sarbani daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selepas mencapai usia 50 tahun.
P/s: Siapa "bunuh" Ahmad Sarbani?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular