Thursday, April 14, 2011

Banyak betul spesies jantan berahi


[HM] HULU SELANGOR: Dua lelaki yang ‘mengajar’ seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun melakukan hubungan seks di rumah sewa mereka di Bukit Beruntung, di sini ditahan beberapa jam selepas ibu gadis itu membuat laporan polis, Isnin lalu.

Laporan polis itu dibuat selepas gadis berkenaan menceritakan perbuatan dua lelaki terbabit termasuk seorang teman lelakinya ketika berada di rumah sewa lelaki itu. Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menunggu bas untuk ke sekolah kira-kira jam 6.30 pagi dihampiri teman lelakinya yang menunggang sebuah motosikal.

“Mangsa dipujuk teman lelakinya itu yang berusia 20-an membonceng motosikal kononnya untuk menghantar mangsa ke sekolah.

“Namun, mangsa tidak dihantar ke sekolah sebaliknya dibawa ke rumah sewanya di Bukit Beruntung,” katanya.

Menurut sumber, setibanya di rumah suspek, mangsa kemudian disuruh masuk ke dalam sebuah bilik kononnya tidak mahu rakannya yang lain ‘mengusik’ mangsa.

“Suspek menyuruh mangsa berbaring dan membuka pakaian sekolah. Suspek dikatakan mengajar mangsa melakukan hubungan seks.

“Selepas itu, suspek keluar bilik dan menyuruh seorang rakannya masuk ke dalam bilik itu terbabit dan melakukan perkara sama kepada mangsa,” katanya.
P/s: Banyak betul spesies jantan berahi-lahanat di negara ini. Perhatikan anak "gadis" anda, mereka mungkin menjadi sasaran mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular