Saturday, May 11, 2013

‘Tsunami Cina’ : Merdeka Center sanggah Najib

Keputusan PRU13 bukan ‘tsunami Cina’
Sementara keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) masih menguasai kerajaan Persekutuan, kajian awal Merdeka Center mendapati ‘tsunami pengundi Cina’ yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tepat.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, secara umum tsunami seperti yang didakwa tidak tepat ekoran pengundi Melayu di bandar turut berubah memilih pembangkang daripada BN sebagai pemimpin kawasan tersebut.

Menurutnya, hasil kajian mendapati ada kemunculan perbezaan mengikut kelas sosial masyarakat dan lokasi sesuatu kawasan yang dipertandingkan.

"...oleh kerana kami masih belum perolehi data secara terperinci, dakwaan ‘tsunami pengundi Cina’ kurang tepat.

"Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Sebelum ini, keputusan PRU13 diumumkan dan BN masih mendapat mandat rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan.

BN telah menang sebanyak 133 kerusi Parlimen dan PR menawan 89 kerusi.

Kemenangan yang diperolehi Pakatan Rakyat (PR) dilihat DAP menjadi sumbangan terbesar kepada perikatan itu apabila berjaya membuat penambahan sebanyak 10 kerusi daripada 28 kerusi Parlimen menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi kepada 38 kerusi.

Sementara itu, Pas dan PKR masing-masing berjaya meraih 21 dan 30 kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu bahawa keputusan PRU13 tidak mempunyai perbezaan yang ketara daripada hasil kajian pada 3 Mei lalu.

Beliau berkata, keputusan yang ditunjukkan melibatkan banyak kawasan BN menang dan PR tewas kesemuanya dengan perbezaan undi kecil.

Tambah beliau, keputusan itu sejajar dengan dapatan kajian bahawa perbezaan sokongan pengundi terhadap kedua parti politik sangat rapat dan sengit.

"... keputusan itu sebenarnya tidak jauh hasil kajian kerana kajian hanya dapat mengunjurkan peratusan undi popular, ini kemudiannya dianalisis untuk mendapatkan anggaran jeumlah kerusi kasar.

"Kita dapati keputusan tidak jauh dari keputusan kajian," katanya. SH

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

"Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku)." (Ibrahim: Ayat 42)..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Berita

Artikel Popular Minggu ini (Top 10)

Paling Popular